As Salam and Hello.
Satu kenyataan yang pahit mengenai sesuatu perhubungan ialah ia selalunya bermula dengan indah penuh bunga-bunga cinta romantik segala, tapi pengakhirannya adalah sadis dan menyedihkan. Ramai orang yang pernah mengalami keadaan macam ni. Tak semua pasangan mampu melepasi ujian masa dan mempertahankan hubungan seiring dengan usia perhubungan itu.
Jadi kenapakah perkara ini terjadi? Kenapa cinta yang dulunya indah jadi berantakan seiring dengan masa yang berlalu? Mari kita sama-sama mengupasnya. (Tak boleh pergi, macam doktor pakar cinta. Kau layankan jelah ya?)
Kenapa hubungan cinta yang manis boleh menjadi retak dan akhirnya berpisah?
1) Kritikan yang berterusan. Selepas beberapa bulan menjalani hubungan dalam fasa romantis yang jiwa-jiwa, ramai pasangan akan mula menunjukkan perangai sebenar mereka. Tak seperti masa mula bercinta dulu, semuanya nak cover. Time ni dah mula tak boleh sesuaikan diri antara satu sama lain, masing-masing perlukan ruang sendiri dan tak suka kan kawan-kawan masing-masing. Semuanya serba tak kena. Mula mengkritik antara satu sama lain. Kritikan yang berterusan membawa kepada rasa tak puas hati dan akhirnya terjadilah perpisahan. Sad ending.
2) Berbohong dan memusnahkan kepercayaan. Tak kisah lah pembohongan tu tahap mana kecil atau besar, tapi satu pembohongan boleh menghancurkan hubungan. Mungkin kau takde niat nak berbohong pada mulanya, tapi sekali kepercayaan dia terhadap kau dah musnah, amatlah sukar untuk memperbaikinya kembali.
3) Curang/main kayu tiga. Setiap orang mentafsirkan istilah 'curang' dalam cara yang berbeza. Bagi sesetengah orang, tingkah laku seperti flirting dengan kawan-kawan boleh dipanggil curang, ataupun keluar minum makan dengan perempuan/lelaki lain tanpa beritahu diorang pun boleh dikira curang. Jadi kau kena tahu tahap ke-sensitif -an pasangan kau dan bertindak dengan cara yang sewajarnya.
4) Mengintip/spy. Walaupun kau mempunyai sebarang keraguan atau syak wasangka pada pasangan, jangan sesekali cuba untuk jadi pengintip atau 'snoop dog' dan memerhatikan mereka secara diam-diam. Kalau mereka dapat tahu, habislah kau. Kalau ada sebarang keraguan atau tak puas hati, terus terang dengan mereka dan tanya kenapa mereka berkelakuan aneh sejak akhir-akhir ini. Ingat. Jangan pasang spy.
5) Cemburu keterlaluan. Cemburu tandanya sayang, tapi cemburu yang terlampau boleh menyesakkan dan membawa kemusnahan. Cemburu sikit-sikit takpe, itu wajib. Tapi kalau kau asyik mempersoalkan pasangan kau tentang mana dia pergi, makan dengan siapa, keluar dengan siapa, siapa siapa siapa dan siapa lagi, kau akan lihat dia berlalu pergi dari hidup kau secara perlahan-lahan.
Err bagi 5 dulu boleh tak? Siri ini akan bersambung di bahagian ke dua. Nantikan. Daaa.
Masih Hangat
25 July 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 Kata semangat:
wah,,setuju2..same cm saya penah lalui je :)
bosan bila berbicara pasal cinta.
hmm
stju! sya ckup pntang kalu ditipu. asa mcm diperbodohkan, dipermainkan n diperkotak-katikkan.
^_^
biasanya hubungan regang sbb saling x berpuas hati ngan pasangan ... xdpt terima pasangan seadanya ... huhu
penah kena tipu tapi bukan sebab pompuan laen. hehe
perlu saling bertolak ansur..
ahhh ahhhh...sy seorg yg kuat cemburu oh nooooooooo
persefahaman yg baik mnghsilkan hbgn yg baik,insyaAllah
most of the case around me is the 3rd :/ quite sad there's not honesty in love
haha.setuju semuanya skali! :D
sy benci ditipu! huaaa T_T
sokong sgt yg no 4 tu...huhuhu....
nice entri.. :D
drlurve x setuju
kes cemburu tu mmg x dapat dielakkan~hoho
wakenabeb -_-"
ermmm skarang ni teyn pnya bf tu cemburu keterlaluan=.="
smpai naik rimas uwaaaaa
teyntyen jgn pikir cmtu..cube gtau bf dn bicang...kata syg kna..xbaik pikir cmtu...emmmmm
Post a Comment