Masih Hangat
28 July 2011
Lelaki Biasalah. Bila dah Terkenal dan Banyak Duit, Mulalah Lupa Diri.
As Salam and Hello.
Rasanya satu Malaya dah tau kisah hubungan penjaga gol Malaysia yang hangat dan kononnya jejaka idaman Malaya tu dengan tunang nya sedang berantakan dan berada dalam fasa kritikal. Aku tak sebut nama pun kau semua dah boleh agak siapa kan?
Bagi aku tak bolehlah nak letakkan kesalahan tu atas nama 'dugaan bertunang'. Adakah bila kau mula buat onar dengan perempuan lain, cipta skandal, buat perangai yang bukan-bukan, maka semua tu sebab kau sedang lalui alam pertunangan dan sedang berdarah manis? Adakah dugaan bertunang itu meng'halal'kan kau buat semua tu dan secara automatiknya meletakkan otak kau di tempurung lutut tanpa boleh berfikir mana baik dan mana salah?
Aku lagi tak faham bila ada orang yang cuba comfort hati yang gundah gelana tu dengan ayat 'sabarlah. Dugaan bertunang memang macam tu. Darah manis. Lepas semua ni, ok lah dia'. Kau tahu tak secara tidak langsung kau telah menyokong perbuatan salah yang dilakukan?
Bagi aku, bila dah bertunang, tak semestinya dia pasti akan jadi milik kau. Alam pertunangan ni satu tempoh untuk kita kenal diri masing-masing. Sesi suai-kenal untuk mencari titik persefahaman dan keserasian. Kalau ok, teruskan. Kalau tak ok, tiada salah untuk melepaskan. Aku pasti hukum Islam ada terangkan pasal hal pertunangan ni, tapi aku tak arif nak jelaskan bagaimana.
Yang jadi masalah dengan masyarakat Malaysia ni, bila satu pasangan tu putus tunang je, mulalah kecoh satu kampung macamlah putus tunang tu satu bencana besar. Bagaimana pun seperti yang aku cakap tadi, kau bertunang dengan dia tak bermaksud dia confirm kau punya. Hubungan itu masih belum pasti selagi tiada ijab dan kabul. Sebab tu, tak boleh terlalu dihebohkan.
Kau bercinta, bertunang janganlah dicanang seluruh dunia. Cukuplah diketahui diri sendiri atau orang terdekat. Kalaulah nanti hubungan tu tak membawa ke jinjang pelamin seperti yang diimpikan, macam mana kau nak menjawab setiap pertanyaan orang dan membalas pandangan masyarakat. Ini juga untuk mengelakkan kau malu. Yelah, dah canang serata alam tapi tak jadi. Kau tak malu?
Lelaki ni ada tiga kelemahan terbesar. Duit, kuasa dan perempuan. Kalau tak pandai jaga, memang hancurlah. Berapa banyak lelaki yang hebat dalam dunia ni yang tumbang sebab tiga perkara tadi? Tak payah fikir jauh lah. Tengok Napoleon Bonaparte sudah. Tak pun Tiger Woods. (Tak nak bagi contoh kat Malaysia, nanti kontroversi). Dan kau juga mesti pernah baca kisah seorang yang sangat alim tapi tewas imannya ditangan seorang perempuan akibat godaan iblis?
Tapi kalau sesebuah hubungan tu tak menjadi, tak boleh salahkan lelaki saja. Dua-dua pihak kena post mortem. Dan lelaki/perempuan lain pulak, tak payahlah menggatal nak cucuk jarum kalau orang tu dah bertunang atau bernikah. Apa kau ingat 'the best woman/man win'?
Takde maknanya kalau kau cakap cinta mati, padahal sebenarnya lebih kepada dengki dan iri hati. 'Kalau dia boleh dapat, kenapa aku tak boleh? Padahal dia bukan hebat sangat pun. Aku lagi bagus dari dia'. Betul tak? Punya banyak orang lain yang ada dalam dunia ni, kenapa yang satu tu juga kau kejar?
Satu yang boleh aku cakap, kau takkan dapat kebahagiaan yang kau cari dengan cara memusnahkan kebahagiaan orang lain. Aku percaya karma. Kau buat orang, ada orang lain pula yang akan buat kau. Mungkin lebih teruk daripada apa yang kau buat. Buat lah pertimbangan guna akal.
Bagi aku, mereka yang sedang berada dalam satu perhubungan serius pula haruslah jaga hubungan tu dengan sebaiknya. Bersyukur sebab kau dah jumpa orang yang buat kau gembira dan sanggup susah senang bersama. Kau takkan dapat jumpa orang yang sama sebijik macam tu dalam diri orang lain. Jangan tamak. Kalau dia dah tawar hati dan mula melangkah pergi, kau menangis air mata darah pun belum tentu dia datang lagi.
Labels:
Random
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 Kata semangat:
manusia boleh berubah sekelip mata hanya kerana duit..
agar sukar mencari yang setia miss y... suka entry ini.. =)
dah jadi trend n tagline plak 'orang bertunang darah manis' nie..susah2 nak dapatkan seorang perempuan tu..jg la hati die baek2 kan??ingatan tuk si perempuan jugak~
cek mimi mai nih!
hehehe
betol!
ade owang penah cakap
jangan membina sebuah hubungan atas air mata orang lain
x kemana hubungan tu~..
TAK SETUJU ngn ayat " sabarlah. Dugaan bertunang memang macam tu. Darah manis. Lepas semua ni, ok lah dia'
eee...igt time tunang tu time test2 org lain ke? tiket utk menggatal?
bukankah tunang tu time untuk lebih kenal budi dan klo sebetulnya cinta time tunanagn itu adalah time nk bincang beli brg kawen segala,serbey vendors, dan process akan berakhir dgn majlis yg dirancang rapi...
apa 2pon..klo tunang tu better xpayah lebih2han,tunang tu hanya perbincangan kelurga belah lelaki dan perempuan SAHAJA dituruti dgn wakil org2 tua yg berpengalaman,klo x jemput adik berdik lain pon xsalah,xpaggil jiran kg sebelah pon xpe..masyarakat kita dah menjadikan tunang tu dh boleh wat spt majlis kawen..kan mmbazir tu sdgkan duit tu boleh diguna pakai utk majlis hari besar kemudian tu..klo niat ibu bapa nk buat kenduri,xpa niatnye baik,tp kecik2 lah dah memadai
tp tu la ..melayu..klo kata anak sipolan tu btunang..xjemput dia,mula la mengata,i hate those minded..
(sori la cam emo lak komen saye..heheh...sori sekadar pendapat utk dikongsi)
bukan menyokong tapi memang itu dugaan dari Dia, kalau tanpa dugaan macam mana dia nak kenal the true color orang tu... baik diuji sekarang daripada nanti lepas kawin... masakkk...
setuju bab jangan dipukul canang... kalau boleh biarlah secara sederhana... asal yg terdekat tahu, dah memadai...
nice . aku rase betollah , laki memang sometime lupe bila dah ade duit ngn kuasa and wanita #takcukupkain ~ :)
cinta tak dinilai dgn duit . tp dgn hati . renung2 kan :)
terbaik la post ni..love it! xpayah karma..dlm islam pun ade, buat jahat akan dibalas jahat..kalau x cash, kat akhirat mesti kena..
macam macam . . huu ^^
Lelaki Sebenarnye x lupe pun,Cumaa nak mencari Cool n Style same taraf dgn dy..Lol!He he <--ayat ni npk mcm backup laki ke?xkan?
Miss Y, saya sgt setuju ok! memang setuju! hahahaha. semangat lak setujunya. ni pengalmn sya lah..during my diploma, habis..hancur semua budak laki dlm kelas sya..sorg pun tak habis bljr,berhenti separuh jalan gara2 terpengaruh dgn MLM dan sewaktu dengannya...mula2 mereka nampak megah,lupa diri belaka..dan sekarang..kasihan sekali..malah ada yang mengaku menyesal..
miss y. betul semua kata- kata awak. kadang2 bila kita susah, orang tu yang kita sayang. kita suka. cinta mati. tapi bila da senang sikit, semuanya mula xkena. serba serbi. hilang sudah cinta. cinta kelaut jadinya. manusia mmg mudah melupakan :(
kdg2 wang boleh buat hati berubah kan~ Tapi pusing2 balik, sume nye bergantung pada jodoh gak.. Susah nak cakap. Macam2 cara Tuhan nak duga kita. cuma bila nak buat apa2, kite kne bertanggungjwp lah dengan consequences die nanti ;)
tiga dugaan itu sgt betul..hoho
tak semua lelaki macam tu....ada lagi teruk ada lagi baik
0rg clap pd k0nsep " sabarlah. Dugaan bertunang memang macam tu. Darah manis. Lepas semua ni, ok lah dia"..
Dugaan bertunang ni yg MissCt phm dugaan dr segi gangguan dr 0rg k3, bkn skandal 0k.. Gangguan shaje.. Phm kaum lelaki?? Kalu skndal mknenye mmg k0rg da gatal la tuuu..
Lps tu dugaan mcm sakit ke ad halangn dlm tetapkan trikh mjlis kawen ke, salu gaduh ke, mslh kewangan ke atau yg seangkatan dgnnye..
Skandal tu TAK MASUK AKAL sbgai dugaan lgsg!!!
Kan da TERem0.. :)
kejujuran kunci sebuah hubungan bahagia :)
Satu yang boleh aku cakap, kau takkan dapat kebahagiaan yang kau cari dengan cara memusnahkan kebahagiaan orang lain. Aku percaya karma. Kau buat orang, ada orang lain pula yang akan buat kau. Mungkin lebih teruk daripada apa yang kau buat. Buat lah pertimbangan guna akal.
yes! sgt2 stuju...
manusia mcm tue la... banyak ragam... sukar untuk dimengertikan hati... tp, itula manusia... kompleks.. hihihi :) salam kenal dr gaadis butterfly- ceria2 selalu
stuju jgk.. alah.. kalau dah xde duet.. time tu la syg..intan payung..dah ade duet.. mula la nk tmbh kuota.. bro.. dunia ni ibarat roda.. jap ats jap bwh. hee.. grm lak..! :D
membaca seluruh blog, cukup bagus
Post a Comment