As Salam and Hello.
Aku pernah mengalami satu fasa yang sangat shit di zaman aku belajar dulu. Yang mana pada masa tu boleh dikatakan aku langsung tidak menjadi diri sendiri.
Satu masa di mana kau perlu menjaga hati orang lain, tapi hati sendiri di tong sampah kan. Bila mana kau terlalu concious sangat dengan apa yang orang lain fikir pasal kau dan kau bertindak untuk memuaskan hati semua orang, yang mana kau tau yang kau takkan mampu. Akhirnya yang jadi mangsa adalah diri kau sendiri.
Konon takut takde kawan. Konon takut tak boleh survive seorang. Bangang. Padahal kalau di fikir balik, kalau kau seorang pun tak jadi masalah. Bukan untuk menidakkan kepentingan berkawan, tapi kalau kawan di keliling kau tu adalah dari jenis manusia macam ****, aku rasa kalau duduk terbuang pun tak apa.
Serius. Bila kau satu, kau tak perlu nak berpura-pura membuat sesuatu yang kau tak suka, semata-mata nak mengambil atau menjaga hati orang lain. Kau juga tak perlu berpura-pura sukakan sesuatu yang padahal kau tak boleh nak tolerate pun.
Aku pernah dikelilingi oleh mereka-mereka yang menggelarkan diri sebagai kawan, tapi di sebaliknya mereka adalah penyumbang kepada kemusnahan hati aku. Ya. Bila kau berlakon kau kenal sangat dengan aku, tahu apa yang aku nak, dan bila sedikit demi sedikit kau mencampuri urusan hidup aku, mengambil kesempatan, mula mempengaruhi aku untuk membuat keputusan dan bertindak untuk mengawal hidup aku.
Ya. Mungkin orang akan cakap. Kau sendiri yang tak pandai memilih kawan. Dah tau macam tu kenapa nak kawan lagi, kan? Ya aku bodoh. Aku fikir mungkin aku terlalu jahil.
Akhirnya aku dapat kekuatan untuk eliminate mereka dari hidup aku. Yang mana aku tak mahu ada kena-mengena langsung pun dengan mereka. Walaupun ada yang cuba menghubungi aku konon untuk menyambung balik persahabatan. What the fish. Ya, aku boleh maafkan tapi untuk aku lupa, sorry. Aku takkan bagi peluang untuk hati aku disakiti dan dijajah buat kali kedua. Untuk mereka datang balik memperkotak-katikkan aku.
Aku rasa cukup-cukuplah.
Mungkin ada yang cakap aku asyik menuding jari menyalahkan orang lain, tapi sendiri yang tak tahu apa yang aku nak dalam hidup. Sendiri yang menyusahkan. Memang aku mengaku. Apa yang boleh aku cakap adalah aku memang B.O.D.O.H.
Kalau boleh di putar masa, memang aku nak lebih menjadi diri sendiri. Sebab mungkin sepanjang masa tu, aku telah banyak meyakitkan dan mengabaikan orang lain. Atas kebodohan sendiri. Tapi nak kata aku menyesal sebab melalui semua tu, mungkin tidak. Sebab bagi aku itu pengalaman yang akan membentuk aku.
Dan sekarang aku menjadi manusia yang sangat reserved, yang mana itu juga adalah tidak baik untuk diamalkan pada waktu tertentu. Aku fikir mungkin sebab aku terlalu berhati hati. Maaf pada mereka yang terkesan.
Tapi percayalah, tak ada orang lain yang lebih memahami hati kau sendiri, melainkan kau. Peduli lah dengan mereka mereka yang claim sebagai kawan, tetapi tak pernah nak menerima kau sebagai kau. Dan mungkin dalam masa kau sibuk menjaga hati kawan, ada hati yang lain yang kau abaikan.
Yang paling penting sekarang adalah menjaga hati sendiri. Dan ya. Sayang diri sendiri. Sebab kalau kau tak boleh nak menyayangi diri sendiri terlebih dahulu, macam mana kau mampu nak sayang orang lain.
Betul tak?
Bukan senang nak dapat kawan yang memang adalah kawan dalam erti kata yang sebenarnya, walaupun kau kenal dia sejak kecil lagi. Sebab manusia boleh berlakon sepanjang hayat. Dan bila secara tiba-tiba kau mendapat tikaman dari belakang tanpa sebarang warning, effectnya adalah seperti kau mendapat tumbukan Kame Hame Ha.
Tapi aku fikir kau tabah, kan kawan?
Masih Hangat
18 July 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
26 Kata semangat:
pengalaman mematangkan kita . suka entry ni . ada persamaan dengan eyra :)
penting jaga diri sendiri
suka entry ni...kita same kes...skang prefer to be alone...be myself...orang nak terima ke tak nak, its up to them...
setuju sangat.aku dulu pun mcm kau jugak.suka jaga hati org tapi hati sendiri.hampeh.
jaga hati sendiri more better dr jaga hati org yg tak pernah mengharhai kita.hehe
hohoho fa lagi suka idup buat hal sindri.
tu la, kadang2 ni yang benci backstabber ni
hahhahahaha..btol! memang suke amek kesempatan...yg kite nie duk sebok nak jge hati die pas tu pijak kepale kan....
Aku introvert, tak ramai kawan tapi hati aku tak terluka sebab terkena kawan makan kawan.
experience is the best teacher, right?
betol ngan A retarded Kitty tu.. pengalaman mengajar kita.. semua manusia macam tu.. sakitnya hati bagai di toreh toreh.. haha..
kalau rajin masuk link ni ek? hehe
http://abstractourlifewithcolours.blogspot.com/2011/05/koleksi-sajak-pabila-jiwa-menyimpan.html
backstabber nie kdg2 jahat . tp tk suma . mybe ada yg tak sengaja . tp farah pn penah kena gk bnda2 cmni :) sabar k ^^
yeahh! i luv maself moree! hihi..kdg setiap org juz pentingkn dri sendri..so wouldnt we?
moge naty jumpe kawan sejati... tentu ade.. =) yg terbaik... eliminate je dorang yg tak bergune! tak mati pon tanpa mereka.
p/s : hehe... cepat bace sblm lewat malam, naty tak bleh tido jgn slhkn Mb lak. =p
kawan yang suka tikam belakang memang menyakitkan hati lah..cam dikhianati je..hati parah jiwa kacau..fuhhh lama gak nak rawat tuh..huhu
kawan sbg kawan sng nak cari, tapi kawan sjati sh nk crikan...btl2, sy kdg2 pun lbh suka sndri, blh bt kptusan sndri, tnpa perlu nk mnjga ht org laen...
susah nak cari kawan sejati..kekadang kawan sejati sendiri yang tikam diri kita dari belakang..seksa seksa kan
dunia sekarang ni memang susah nak cari kawan yang betul-betul kawan. masing-masing pentingkan diri sendiri. nak lepaskan diri sendiri. nak buat macam mana. memang manusia zaman sekarang mcmni :|
kalau kawan dunia realiti buat hal n bmasalah..mari kita bkawan2 dekat dunia maya nie..hehe
betul ! sayangi diri n pentingkan diri dulu :D
betol tu,syg diri sniri dulu sblom syg org laen.....
love this
eyka double like entri ni..bukn seng nak cari kawn yg betul2 kawn..yg byk pentingkn diri sndri memng bayk gilaa....
asal dy lepas dah laa..eyka memng germ manusia macm ni..rase macm shit..rase nak pijak2 je bagi matii! demmit.=.='
kita berubh mjd lbh baik..yg terdahulu dah lepas tu jdkn sbg pengalaman yg berharga je.xsume org rasa apa kita penah rasakan?..;p
Miss Y, ada blog kena remove sbb banyak link kat kotak komen n d consider sbg spam..blh google kalau nk taw lh lnjut...sory ye sy sibuk kat sini...
Suka dgn entry nii :) Yeah, sokong!!
kita tak mampu nak buat semua orang suka kan kita terima kita seadanya. jalan yang terbaek sayangi larh diri sendiri terlebih dahulu. moga ada insan yang tulus menyanyangi bukan sekadar berniat untuk menjadikan kita sebagai boneka mainan. ^___^
aku pun pernah melalui zaman shit ms study diploma...sakitnya hati tuhan saja yg tau...tp kesakitan itulah buat aku tabah
My mak, always tell me this "peduli apa kawan2 tu"
Bila da makin membesar,dewasa ni, makin sedar..ada betulnya..yup,kita tak perlu jga hati org lain sgt, apatah lagi mereka itu dalam kumpulan "kawan". Coz, sifat kawan ni, ia akan berlalu..seiring dengan masa..zmn sekolah, kita ad kawan A,B,C. bila kat U, dpt jns lain pula..dah keja.. dapat X,Y,Z..
be simple lah dlm berkawan..tak perlu layan mereka sehebat2nya.. pindahkan layanan baik pada kuarga..buknkh ia lebih bermkna? ;)
Post a Comment