Kenapa bila lelaki curang, perempuan yang selalunya disalahkan?
Isteri/gf tak pandai jaga laki. Tak reti masak. Tak pandai ambil hati. Kasar. Tak reti manja-manja. Tak pandai layan. Tak memahami. Tak tahu nak bagi sokongan. Macam-macam lagi.
Oh, memang perkara biasa lah untuk lelaki curang kalau macam tu? Standard katanya. (Maaf tukang komen. Inilah yang dikatakan kerana komen kau seorang, habis lelaki-lelaki tak bersalah menjadi mangsa).
Jadi apabila wanita curang, adakah kau akan menyalahkan dia juga?
"Dasar perempuan mata duitan. Bila nampak kesenangan mulalah beralih arah. Tak boleh tengok jantan muka kacak, cepat je kau menggatal. Tak boleh orang lain ambil berat sikit, terus kau pergi kat dia".
Atau adakah kau berani menyalahkan diri sendiri?
"Semua salah aku. Aku tak bagi duit banyak-banyak kat dia untuk dia shopping. Aku tak reti jaga muka aku bagi hensem-hensem biar dia tak pandang laki lain. Aku tak pandai jaga hati dia."
Maaflah semua, takde niat aku nak mewujudkan peperangan gender di sini. Cuma sebelum menyalahkan mana-mana pihak, renungkan diri sendiri dulu. Ada sebab atas setiap perbuatan. Everything has it's reason, bak kata orang putih. Manusia ni tak kira lelaki ke perempuan, masing-masing berpotensi untuk buat silap. Tak kiralah kesilapan dari segi apa. Sama.
"It is better to suffer wrong than to do it, and happier to be sometimes cheated than not to trust." ~Samuel Johnson
Wahai lelaki,
Selalunya perempuan hanya akan pergi apabila dirinya dah tak diperlukan lagi. Bukan kerana dia rimas dengan perangai kau, bukan sebab bosan balik-balik mengadap muka kau, bukan juga sebab kau asyik menyusahkan dia. Itu pun amat payah untuk dia angkat kaki.
Seperti mana kami boleh menerima sifat-sifat kau yang tidak sempurna itu, kenapa kau pula tidak?
"Deep down you know it's best for yourself, but you hate the thought of him being with someone else."
Ini cuma buah fikiran seorang wanita saja, iaitu aku. Tidak mewakili seluruh kaum wanita. Well, nama blog pun A Woman's World kan? Jangan ambil hati ya. Peace !
Oh btw, para wanita. Bila kau curang, apa pula alasan yang akan kau berikan? Seperti mana lelaki ada alasan untuk curang, adakah kita pun ada juga? Aku ingin tahu. Kongsikan.
21 Kata semangat:
kdg2 laki2 saja nak buat alasan utk curang...
ikut orang juga kut
laki kalau baik xakan cakap macam tu kalau wanita tu ada inisiatif nak berubah
:-)
Muhasabah diri dulu.. saya rasa itu yang perlu.. =) Perempuan atau Lelaki masing2 mesti ada silapnya...
Kita kan tak sempurna.. tapi jum2.. kita ambil pengajaran.. =)
masing2 kena kontrol diri la kalau dah tahu diri tu berpunya kan...
bnda x jd kalau syok sndiri..huawawa..
lelaki ke pompuan sama je..kalau yg byk komplen sana sini,itu mkna nya memang x suka dari awal la tuuuu..
singgah cne.
em, kadang2 bukan psal tak pandai jaga hari laki/pompuan.. tapi mungkin jg sebab mmg takda persefahaman.. means they're actually not mean to be.. and they serve someone better..
tapi kalau dah mmg laki/pompuan tu gatal jugak nak cari org lain then tinggal kan partner deorang macam kulit kuaci tue lain crita sdah lah hehe..
nice entry..tp walau cmne pon,pkok pangkalnya hati :)
itu semua alasan je.
cuba kalau perempuan curang, mesti dia salahkan lelaki ;)
HAHAHAHAHAHAHAH
Nak try jadi jahat, nak mencurang tapi tak mampu. Tapi bila bagi muka sgt, aku lak jadi mangsa.
Baik sgt pon susaahhhh.
hahaaa .. make this entry buah fikiran 2 wanita, kau dan aku! :)
setuju!
lelaki mudah jatuh cinta dengan wanita.
ada 2 kategori laki
1: suka yang seksi dan cantik
2: suka yanga baik dan lemah lembut.
kalau dah nampak 2 jenis wanita. komfom bole cair even dah anak 15 orang!
apa-apa pun hrap hubby ct tak curang...
Manusia memang tiada yg sempurna.. Setiap yang berlaku ada sebabnya ^_^
curang? benda yg paling aku tkut. aku tngok kkdng lelaki tuh curang disebabkan kita kot. depends dan nasib gak sebenrnyaa..
eh, aku folow kaau tawww! keep posting wei! ^^
sambal bc n3 d sini..
Belog Sambal Belacan!
kebiasaanya battle of sexes nie takkan mendapt jawapan yang tepat sebab ia subjektif dan mengikut situasi..hehe :)
Regards,
-Strider-
Salam...
Setiap jantina ada kelemahan masing2... Tak perlu kot nak menuding jari sangat... (^_____^)V
@Khairil
wau !! komen ikhlas dari seorang lelaki?
@Hans
yup. rasanya konsep yang perlu diamalkan terima dengan seadanya. kalau ada yang tak puas hati, etgurlah baik-baik ;)
@Si Pengembara
betul, sentiasa muhasabah diri sendiri. semua orang ada kekurangan kot?
SOH DYA DGR LAGU STACY KISAH DONGENG TSK TSK TSK. tapi laki mmg mcm tu ta pnh puas pastu cipta alasan. tapi ta semua laa ada yg setia
stju dgn apa mis Y ckp ppuan akan pergi ble x lg diperlukan..mgkin xsmua bgtue ada jgk yg mata duitan xnafikan..stp org ada kekurangan dan kelebihan..jdi dlm suatu perhubungan sepatutnya saling melngkapkan apa yg kurang....itu sebenarnya perhubungan slaing memberi dan menerima...(pdpt sy xtaw org lain mcmner ^__^ )
Post a Comment