You never know what you have until you lose it, and once you lose it, you can never get it back.
Kita memang selalu tak nampak pengorbanan dan pengertian orang di sekeliling kita, yang sentiasa setia bersama dalam susah atau pun senang, tawa mahupun duka. Yang kita kejar adalah penghargaan dan perhatian dari mereka yang hanya memandang apabila ada tujuan.
Hati yang tak terjaga, perasaan yang diabaikan dan pengorbanan yang tak diendahkan. Ibu bapa, adik beradik dan juga sahabat baik. Apabila mereka mula melangkah pergi dari hidup kita, barulah kita terasa dan mengerti betapa besar erti kehadiran mereka di samping kita.
Pada masa tu, berpatah balik pun kita tak mampu. Seribu sesalan pun tak berguna lagi, bila hati dah terguris. Keadaan tak mungkin akan sama seperti waktu lalu. Luka mungkin sembuh, parutnya tetap tersisa.
Pandang keliling. Ada tak insan yang kau lukakan hatinya tanpa kau sedari?
21 Kata semangat:
tanpa sedar kita lukakan hati orang sekeliling...
tapi kadang2 kite rela kehilangat dr sakit tu dtg berulang ryte.
kdg2 terpikir, kita ni mampu ke nak jaga hati semua org? huhu
itu lahh manusia,bile dpean mate xdhargainya tp bile dah ilang tercari2 nya ;)
manusia semamangnya begitu..
setuju tu...kita biasanya akan menghargai seseorang tu bila kita kehilangan dia..
err..adoii..betol2..ta sedar kekdg kite dah luka kan hati org..
hmmm susah nak jaga ati suma orang.
kalau nak kira yg terluka kerna kita, ramai kot tanpa kite sedar kan huhu.
setuju dengan sweetlikewhat :)
itulah..kita tak sedar yg kita melukakan hati yang menyayangi kita..hargailah mereka sentiasa :)
selalunya kita mulai sedar bila orang yg rapat dgn kita tu dah tak ada..
wahh..bagosnye..ingatan supaya sentiasa mhargai org sekeliling~thnks miss Y!
dalam tidak sedar kita telah lukakan hati orang yang paling kita sayangi. keluarga!
iye2...bila dah hilang br nak meroyan kan? tu memang sikap pelek manusia...
kadang-kadang kita lupa nak hargai org sekeliling kita, tapi bila dia fah pergi, baru la kita sedar betapa bermaknya dia bagi kita...
i think.. hurm
mestilahhhh..
dah lahh aku ni jenis suka main
main..kadang2 ade kwn aku tersentuh gile..
jadi aku pun minta maaf terus...
hihihi..seyes aku jahat..haha
feeling oh feeling
kadang kadang kita sendiri tak sedar bile kita lukakan hati mereka
walo pun dengan katakata sahaja dapat mengguriskan hati seseorang
:)
penghargaan walaupun boleh diungkapkan tanpa kata-kata, tetapi ianya kurang dirasai berbanding penghargaan menggunakan kata-kata
bila dah tiada baru nak terasa
Post a Comment