As Salam and Hello.
Sekarang orang berlumba -lumba pakai handphone yang canggih-canggih. Blackberry, iPhone, you name it. Makin mahal, makin banyak la function. Baguslah untuk orang-orang yang selalu busy, yang kadang-kadang takde masa nak duduk depan pc nak online ke, atau nak tengok kalendar nak buat reminder dan macam-macam lagi la. Kau pakai handphone canggih kau tau la apa function dia kan.
Budak budak sekolah pun dah pandai pakai handphone ni. Bertuah betul. Masa zaman aku sekolah dulu, jarang nak dapat tengok budak-budak pakai handphone. Ye lah masa tu pun handphone ni dah kira sesuatu yang expensive, yang mana orang-orang yang mampu je yang boleh pakai.
Dan handphone zaman tu pun tak lah canggih mana, hanya function yang basic-basic saja. Rupa paras pun tak memberangsangkan sangat, bak kata kalau buat baling anjing pun, anjing tu boleh pengsan sekejap. Tapi kenapa time tu aku tengok nokia 3310 sangat appeal menggoda jiwa raga?
Tapi sekarang handphone adalah satu keperluan, ya. Bukan lagi alat nak menunjuk-nunjuk. Walaupun kau pakai handphone tahap super ortodoks. Tapi ramai jugak la yang menunjuk bila pakai handphone mahal. Aku dengki ke ni?
Ok lah.
Bagi orang ortodoks macam aku ni, kegunaan handphone hanya untuk buat call dan sms saja. Nak ambil gambar atau mms tu, rasanya tak de lah penting sangat. Sebab tu pakai handphone cokia pun boleh hidup lagi. Padahal cakap je lah kau takde duit nak beli handphone mahal-mahal. Hahaha. Gelak sambil nangis. (T_T)
Dambaan pilu.
Motif sebenar aku cuma nak cakap semalam handphone aku masuk air. Screen dah jadi kelam-kelam kelabu sikit. Tapi masih boleh pakai lagi. Ni lah kelebihan pakai handphone bodoh-bodoh. Cuba kalau yang masuk air tu Blackberry atau iPhone atau yang sewaktu dengan nya. Mesti mampus time tu jugak. Hahaha. Gelak dengki.
Tapi.
Yang paling menyengat.
Adik aku cakap handphone dengan tuan dia sama je. Dua-dua pun masuk air.
Cisss. Kau ada?
2 Kata semangat:
fon lame jugak memikat hati... xde berat sgt dgn data.. hehehe.. plus.. easy to use maa! :)
taw xpe,bdk skung hp canggih mengalah kn owg yg krja..JELES!
tp xpe hp yg ade nh pon dh ok..hehe:)
Post a Comment