Masih Hangat

03 July 2011

Mengubat Hati Luka





As Salam and Hello.


Kebanyakan daripada kita pernah putus cinta. Sakit putus cinta ni sama je dengan sakit yang lain, malah mungkin lebih teruk sebab ia melibatkan emosi. Orang kata masa mampu merawat segalanya kerana kesakitan itu akan beransur pulih dan hilang seiring dengan masa yang berlalu. Ok, masa yang diperlukan tu haruslah panjang kan? Tapi apa yang boleh kau buat sekarang untuk mengubati hati yang sakit tu? Dr. Love i'm not, cuma nak share beberapa tips untuk memulihkan sedikit sebanyak rasa sakit dan kecewa.




1) Menangis - Kau mungkin akan rasa diri seperti 'sampah' untuk beberapa waktu. Bergantung pada tahap emosi kau, kau mungkin mahu menangis untuk beberapa hari. Teruskan. Itu bukan satu kesalahan. Sebab satu perubahan ketara telah berlaku dalam hidup kau, perubahan yang pedih. Bukannya mudah untuk menghilangkan kepedihan tu. Tidak semudah menutup suis lampu. Benarkan diri kau bersedih atas kehilangan yang kau lalui. Tetapi jangan lah terlalu lama. Tenggelam dalam kenangan masa lalu hanya lebih menyakitkan kau. Jadi, selepas bersedih, kau perlu bangkit !.


2) Bercakaplah dengan seseorang yang rapat - pinjamlah bahu seseorang yang rapat, memahami dan sangat mengambil berat tentang kau. Luahkan perasaan kau pada dia. Walaupun mungkin dia tak dapat berbuat apa-apa untuk mengubat kesedihan kau, sekurang-kurangnya dia sentiasa ada di sisi untuk mendengar segala keluhan kau. Berkongsilah kesakitan kau dengan dia, biarkan dia mendengar dan memberi nasihat, walaupun kau tak semestinya harus mengikut nasihatnya. Sekurang-kurangnya kau akan merasa lega selepas meluahkan perasaan. Namun begitu, pastikan dia seorang yang boleh dipercayai untuk menjaga segala rahsia kau.


3) Alihkan tumpuan - bawa kembali keluarga, adik-beradik, kawan-kawan ke dalam kehidupan kau. Mungkin selama kau berpasangan, kau kurang menghabiskan masa bersama mereka. Dah lama tak berbual-bual dan melakukan aktiviti bersama. Kelilingi diri kau dengan mereka yang memberi sokongan pada kau. Lakukan perkara-perkara yang boleh membuat kau sibuk dan melupakan masalah yang kau hadapi. Kemas rumah, shopping, jalan-jalan, camping dan lain-lain. Mengalihkan tumpuan kau adalah satu langkah untuk kau bergerak ke depan dengan hidup kau.


4) Lihatlah ke arah masa depan, lupakan yang telah lalu - Ini mungkin adalah perkara yang sukar kau lakukan, lebih-lebih lagi kalau kau masih teringat kenangan lalu. Tiba lah saat untuk kau lepaskan segalanya. Kau telahpun menangis, bersedih. Sekarang masa untuk kau memandang ke depan dan melakukan pembaharuan. Ambil masa untuk diri kau sendiri, mengenal diri sendiri, bukan sebagai sebahagian daripada satu pasangan sebaliknya sebagai seorang individu. Jadilah diri kau sekali lagi.


Mungkin perkara-perkara di atas sukar untuk kau lakukan, tapi ia adalah perlu supaya kau dapat meneruskan hidup kau dan kembali ke alam nyata. Namun selepas kau dapat mengatasi segala kesakitan kau, kau pasti boleh menjadi siapa pun yang kau mahu. Ini adalah satu peluang untuk kau memulakan hidup baru. Apabila kesakitan itu telah mula reda, kau akan faham bahawa ada hikmah di sebaliknya.



Sekali lagi, masa merawat segalanya.

6 Kata semangat:

♥nyeto89♥ said...

i love cryin :D

Yatt S. said...

@♥yaya budak suka embun♥
yeah. criying is a good theraphy. be tough, ok girl? ;)

myra yusreena said...

flirting! hoho

Yatt S. said...

@myra yusreena
yeah, flirting pun best gak tu. termasuk dalam no.3. Alihkan tumpuan ;)

Namika said...

Woa.

Btw, yes we should think bout the future... Not the past.
Walaupun nak mengimbau hal lepas, tapi jgn sampai keadaan diri jd lebih treuk... (:

Wyna Rozali said...

menangis tu dah jadi macam hobi .. hee ,
thanks Miss Y .