Masih Hangat

11 July 2011

Bekerja Di Restoran Makanan Segera Itu Hina?

As Salam and Hello.


Teringat pada kerja-kerja lama aku, sebelum mula menjawat jawatan aku sekarang. Sebelum mula bekerja dengan menggunakan skrol yang aku dapat dari universiti. Aku tak mahu bercerita tentang skop kerja, kerana itu pastilah berbeza. Cuma aku merasakan betapa jauh perbezaan itu dari segi environment, rakan-rakan sekerja dan majikan.


Pekerjaan pertama aku ialah sebagai pelayan di salah satu restaurant makanan segera. Waktu tu aku baru je habis exam final year, dan belum pun graduate lagi. Dari tunggu 3 bulan nak konvo dan melangut tak buat apa-apa, baik aku kerja. Aku tak balik kampung pun, stay tinggal di rumah sewa sementara tunggu hari konvo. Konon nak hidup berdikari cari duit sendiri.


Kau tau, 9/10 pekerja restoran makanan segera tempat aku mencari rezeki tu terdiri dari budak-budak U yang sedang cuti semester.

Despatch yang dok ke hulu ke hilir hantar makanan pada orang tu, budak Mechanical Engineering UiTM sedang cuti sem. Waitress perempuan, 4 orang sedang ambil degree di IPTA, 2 orang termasuk aku sedang menunggu hari konvo, seorang pelukis pelan yang sedang cari duit lebih buat part time, dan seorang pula designer yang boring duduk rumah tak buat apa-apa. Tukang masak lelaki 3 orang student tempat aku belajar. Kebanyakan kami adalah pelajar IPTA, termasuk aku.


Tidak. Aku tidak bekerja di Mc Donald. Sekadar gambar hiasan.


Jadi jangan sesekali pandang rendah pada pekerja restoran makanan segera. Aku sendiri pernah dipandang hina seorang perempuan yang datang makan bersama pakwenya.

Dia tegur aku 'Dik, awak tak sambung belajar ke? Buat apa awak nak kerja macam ni, tak menjamin masa depan langsung. Sayang lah muda-muda lagi tapi buat kerja macam ni. Rugi je.' Dia ingat aku budak baru habis SPM. Mungkin muka aku nampak awet muda (kau boleh muntah), padahal waktu tu umur aku dah 23 tahun.


Aku memang hargai nasihat dia suruh aku sambung belajar dan raih masa depan yang cemerlang tu. Tapi aku tak boleh terima bila dia tegur aku, sambil gelak-gelak dengan pakwe dia dan pandang aku dengan jelik atas bawah, kemudian pandang pulak kawan-kawan aku yang lain sambil mulut terjuih-juih. Seolah-olah hina sangat kerja restoran makanan segera.


Aku jawab pada dia 'Kak, saya dah habis belajar pun, buat degree, tunggu nak konvo je bulan 8 ni. Dari saya tak buat apa-apa, baik saya kerja kan? Sekurang-kurangnya saya buat kerja halal. Saya tak mintak duit orang.'

Air muka dia memang tersentak dan perkataan yang keluar dari mulut dia satu je iaitu 'ha??' Kemudian dia berpandangan dengan pakwe dia dan terus senyap. Menurut rakan sekerja aku yang sedang mengambil ijazah dengan pengajian jarak jauh, perempuan tu pun sebenarnya bekas pekerja restoran tu. Dia berhenti dan kemudian kerja di pasaraya yang berhadapan pula.

Dan yang bestnya dia order pada aku ''banana splait" instead of "banana split".


Aku tau kebanyakan orang memang pandang rendah pada mereka-mereka yang kerja macam ni. Tak perlu nafikan. Tapi jangan pandang orang sebelah mata. Dan yang peliknya, yang berperangai macam ni banyaknya orang kita sendiri. Maaf, aku sama sekali tidak berniat menghina bangsa yang aku sanjung. Tapi itu kenyataan dari realiti hidup aku.


Dari kerja ni, aku belajar erti setiakawan. Takde yang pentingkan diri sendiri. Makanan kongsi sama-sama. Serius aku cakap kau, aku sangat enjoy kerja ni. Takde tekanan, hari-hari aku semangat nak datang kerja. Walaupun memang letih dan gaji tak memberangsangkan, tapi aku gembira. Ya, aku gembira.


Berbanding dengan kerja sekarang, dikelilingi oleh mereka yang berpelajaran tinggi tapi sombong. Budaya cantas-mencantas, masing-masing nak tunjuk kehebatan, takde setiakawan sifat tolong-menolong. Belum kira yang cucuk bos. Damn. Aku tertekan. Aku takde semangat nak datang kerja.


Tekanan tekanan tekanan.


Eh? Adakah tujuan aku tulis entry ni sebagai alasan aku malas buat kerja?

14 Kata semangat:

Unknown said...

Salam,
saya setuju dengan pendapat saudara yang bekerja kat fast fud restaurant ni memang tak hina. Orang yang memandang rendah pekerjaan ini selalunya mereka yang jarang mahu memikirkan cara untuk hidup berdikari dan hanya mahukan duit hasil keluaran poket mak & abah.Tapi macam apa yang saudara go thru, ada jugak orang yang tak sedar diri nak merendah-rendahkan orang lain walhal diri sendiri takdelah se gah mana.
Saya pun pernah bekerja sebagai cashier di KFC dulu after SPM. Memang macam-macam la kerenah customer tapi tahan dan try hati kering jer la bila ada yang buat perangai kureng sikit.

fairus said...

MEREKA TAK PAHAM... SEBENARNYA BEKERJA DI RESTORAN MAKANAN SEGERA NI LEH CEPAT NAIK PANGKAT KALAU TUNJUKAN PRESTASI YANG CEMERLANG.. DULU HABIS "U" DULU SAYA ADA GAK KERJA MAKANAN SEGERA NI...

AINI CHE DIN said...

memang lumrah org kita akan berkata demikian dan sy pun dah naik lali smpai da yg ckap kt sy belajar tnggi2 tp keje casher...huhuhu..tp sy relaks je la malas nak layan org mcm tu..

AdminStressGiler said...

Saya sokong!! Dulu waktu saya tengah belajar 2 sem akhirnya pun saya kerja kat fast food restoren ini..Memang ada orang pandang hina kita sebab yang datang tu ramai orang kaya dan mampu. Kalo nak makan tiap2 fast food ini saya sendiri tak mampu tapi mereka ini sampai order 2 sets dan juga ais krim. paling kurang 3 kali seminggu. Memang dasar anak orang kaya berlagak sangat. Macam orang yang kerja di kaunter tu orang gaji dia. Kadang2 ada juga yang tak pandai berbaris..pandai sangat la tu mereka..macam budak sekolah rendah je di kantin. Memang stress la..tapi apa boleh buat kita makan gaji juga tp layan je la semua tu..apa2pun memang enjoy la keja macam tu..tp sekarang dah tak ada masa..

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

ceh..gila berlagak org tu...tak baek aje..janji keje halal. ok ape...

E-one said...

teringin nak keje cmtu tp masih belum ada peluang hehe

suria lekatlekit said...

Rezeki Tuhan dah aturkan cuma kita perlu usaha. Berjaya atau tak bukan tertakluk apa sijil yang kita pegang sebenarnya. Tak semua org berpeluang mendapat pendidikan tinggi.. Kalau semua orang di level yang sama & semua pegang ada dip. degree ++ agaknya sapa nak jd pelayan kat restoren makanan segera yer..

Yatt S. said...

@leyaliyana
asalkan kita tidak meminta-minta dan berusaha dengan kaki tangan yang masih boleh digunakan. tak perlu pedulu apa orang kata.

Yatt S. said...

@fairus
betul betul. boleh cepat naik pangkat. asalkan prestasi bagus.

Yatt S. said...

@AINI CHE DIN
apa la masalah orang ni ye. belajar tinggi salah, tak belajar lagi lah salah. kerja salah, tak kerja pun salah.

Yatt S. said...

@Authors Yang Stress
manusia yang tak pernah berasa susah memang begitu. layankan aje ;)

Yatt S. said...

@Khumaera Ismail aka Habibi Hamid
kan? berlagak sungguh. huh!

Yatt S. said...

@E-one
cuba lah. best tau. alah buat part time je. dapat juga duit lebih ;)

Yatt S. said...

@THE LEKAT LEKIT STORY
ya, setuju dengan kamu ;)