Tadi aku sempat ber Facebook chat dengan teman waktu aku kecil-kecil dulu.
Itu lah salah satu medium untuk kami berhubung sebab masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Tak boleh selalu berjumpa, walaupun kami duduk dalam bandar yang sama. Lagi-lagi pula dia lelaki dan juga tunangan orang. Kami memang sangat rapat di waktu kecil dulu, dan masih rapat sehingga ke hari ini. Namun seperti yang pernah aku cerita dulu,
Semakin kita bertambah umur, semakin banyak perubahan terjadi. Kita berubah menjadi orang berlainan. Aku perempuan, kau lelaki. Kita mula faham erti perbezaan jantina. Kita jadi asing. Tapi kita masih rapat. Rapat yang jarang.
Bila kami berjumpa, kemesraan itu masih ada tapi aku bataskan, sebab aku tak mahu tunang dia salah sangka. Aku perlu menjaga hati orang.
Tapi aku happy bila berbual dengan dia tadi.
Aku : Kau kahwin jangan lupa jemput tau.
Dia : Aku nak kahwin dengan kau. Nak jemput camne?
Aku : Sepuk kang. Weh majlis kau bila?
Dia : Hahahaha.
Aku : Majlis kau bila? Tahun ni ke tahun depan?
Dia : Tahun depan la. Kau bila?
Aku : Siapalah nak kat aku. Lalala.Kau pun tak nak. Lalala.
Dia : Hahahaha. Siapa suruh kau macam singa. Mana ada laki berani. Kalau yang berani pun dah tentu orang hutan.
Aku : Bab 1.
Dia : Hahahah. Apa marah-marah ni. Cakap jujur pun kena marah.
Aku : Aku kan lemah lembut & penyayang.
Dia : Hahaha. Cakap seseorang yang nak menipu diri sendiri. Kau dah masuk level andartu.
Aku : Kena la ada duit dulu. Andartu wak lu. Muda lagi, ok?
Dia : Hahahaha. Tak pun andalusia.
Aku : Orang tua dengki. Sakit hati aku bercakap dengan kau ni.
Tak guna orang tua tu cakap aku dah level andartu. Ya, kami memang bergurau kasar. Tapi tak pernah terasa hati. Dan cara macam tu buat kami rapat. Dan aku dah anggap dia macam abang aku, sebab dia lagi tua dari aku. Dia juga tahu aku dah ada kekasih hati. Dan kekasih hati aku dan dia saling mengenali.
Aku juga rapat dengan ibu dia yang memang dah dianggap ibu sendiri, maka calon suami aku haruslah diperkenalkan kepada mereka. Bak kata ibu masa aku dan incik kekasih baru berbunga cinta "sebelum kau bawak si ........ tu jumpa mak ayah kau, bawak jumpa ibu dulu. Ibu nak scan dan buat tapisan".
Ah. Rindunya pada kenangan zaman hingusan kami. Bermain seperti tiada esok hari. Tak pernah mengenal erti dendam.
6 Kata semangat:
waktu kanak2 memang indah kan...
teringat juga aku dan dia zaman kanak2 dulu :))
okay saya rindu zaman kanak2!
nak pinjam mesin mase doremon ar nak patah balik time kecik2 dulu..
Entri terkini : Patut lah kau femes ek?Pakai taktik kotor rupenye..
Entri sebelum :Bro,gua pon pakai p1 wimax gak lah!
Watch my video songs ^_^
rindu jugak zaman kanak-kanakk...
bila teringat kembali kadang2 terasa maloo pulak..ehheh
tibe tringat dak tu.. hahaha :P
Post a Comment