Masih Hangat

16 June 2011

Masih Ingat Tak Lagi?



As Salam and Hello.


Ingat tak dulu masa kita kecil-kecil. Kita selalu main sama sama naik basikal pusing keliling kampung. Oh. Masa tu aku takde basikal lagi. Ayah belum beli kan. Jadi memang selalu pakai basikal kau lah. Kita dah macam adik beradik. Mana ada kau, situ ada aku. Eh. Patut cakap mana ada budak budak lelaki, situ ada aku juga. Haha.


Ingat tak dulu aku selalu pergi rumah kau. Rumah kau dah macam rumah aku. Ibu ayah kau dah macam mak bapak aku. Dah tak kisah memang takde rasa malu. Adik beradik kau pun memang adik beradik aku. Kita semua rapat kan. Ingat masa ibu ayah kau balik kampung, diorang tinggalkan kau dan adik kau di rumah aku? Masa tu nak dekat raya. Tak boleh bawak korang balik sekali. Keadaan tak mengizinkan. Malam dekat nak raya ayah bawak abang aku dan korang pergi gunting rambut. Yang kelakarnya rambut korang terus kena potong pendek sampai sikit lagi nak botak. Yelah ayah aku dulu dulu kan strict. Semua mesti nak kemas. Kau angin kan pasal tu? Malah sampai sekarang pun kalau kita cerita kisah dulu-dulu kau akan ungkit pasal hal rambut raya kau tu. Haha. Memang sangat kelakar kalau di kenang-kenang.


Ingat tak dulu ada seorang makcik konfius sama ada aku ni lelaki ke perempuan. Pasal dalam kelompok budak ramai-ramai tu aku seorang je ada sikit pelik. Nak kata perempuan perangai macam babun panjat sana sini lari keliling kampung kejar layang-layang. Aku selalu je kena suruh duduk rumah sebab katanya orang perempuan tak boleh perangai lasak-lasak campur dengan budak lelaki. Ah peduli apa aku.





Masa kecil dulu kita pernah berangan jadi penyiasat macam dalam Siri Penyiasat Muda ke apa entah. Dah lupa pulak tajuk novel bersiri tu. Sibuk pergi kebun dan sungai kat belakang tu. Konon-konon nak cari bahan siasatan. Dah takde modal kita pun mula lah mereka-reka cerita. Ingat tak ada satu makcik tu kena tipu dengan geng penyiasat kita. Kita cakap dengan dia kita jumpa ada seekor lembu yang kat badan dia tulis perkataan alif lam lam ha. Terkebil kebil makcik tu kena temberang. Alah tapi aku rasa dia pun tak percaya dengan budak-budak macam kita ni. Saje je ambil hati buat percaya. Haha.


Hah!! Ingat tak rumah makcik yang kita temberang tu ada bela seekor beruk nama Bidin. Kita masa tu jakun sangat kan. Tiap kali balik sekolah mesti beli gula-gula Hi-Sour bagi Bidin makan. Kita pun ketawa geli hati tengok Bidin makan gula-gula tu sambil buat muka kerut kerut. Masam kan. Haha. Sekarang ni tak tau Bidin hidup lagi ke tak. Makcik tu pun dah pindah. Tapi aku rasa Bidin mesti rindu dekat kita. Sebab semakin kita membesar kita makin jarang lawat dia. Dia pun mesti rindu dengan Hi-Sour juga.


Ingat tak dulu masa kita kecil kita banyak membina kenangan bersama. Banyak nya yang manis. Yang pahit itu boleh dibilang dengan jari. Masa kecil kita tidak pernah faham apa itu dendam. Kalau kita bergaduh pun, gaduh-gaduh manja je. Tak sampai lima minit kita dah boleh kongsi keropok makan sama sama.


Tapi.


Semakin kita bertambah umur, semakin banyak perubahan terjadi. Kita berubah menjadi orang berlainan. Aku perempuan, kau lelaki. Kita mula faham erti perbezaan jantina. Kita jadi asing. Tapi kita masih rapat. Rapat yang jarang.


Rupa rupanya memang betul masa itu boleh merubah apa pun.

8 Kata semangat:

NAZREE said...

wow..satu kisah yang menarik..ini real? jikalau real, alangkah seronoknya kamu tatkala waktu kecil~

Miss Y and Her World said...

sudah pasti ini kisah benar ;)

ya, memang seronok. kenangan waktu kecil. rasanya semua orang pasti ada kenangan yang mengusik jiwa jugak kan?

kenangan, indah bila teringat ;)

NAZREE said...

nope..I don have any..forgot everything already..HaHa

Miss Y and Her World said...

alamak !!! tak ingat satu pun? sayang nya. takpe lah. yang penting sekarang. masa lalu hanya kenangan ;)

NURUL NADIAH MAMAT said...

sama macam Nad...suka bergaul ngan lelaki...even pakai tudung dan baju kurung tapi berseluar trek.....hee....

sampai skang kenangan indah zaman kanak2 still dalam ingatan... :)

Miss Y and Her World said...

kan? entah kenapa suka bergaul dengan lelaki. tapi bila masing-masing dah besar, jadi malu-malu kucing. perbezaan jantina membataskan pergaulan. ;)

NURUL NADIAH MAMAT said...

sebab orang prempuan masa kecik2 suka menangis......addoi....hee...

bila dah besar memang akan jadi malu....hee...

Miss Y and Her World said...

ek? yeke suka nangis. macam takde lah pulak ;)

rasanya sebab kita dah mula sedar akan perbezaan jantina tu. sebab tu kita malu. masa kecik-kecik tak kisah.