Masih Hangat

10 June 2011

Kalau Kita Tak Nak Orang Lain Ambil Hak Kita, Kita Jangan Ambil Hak Orang. Kebahagiaan Takkan Datang Dengan Cara Merampas Kebahagiaan Orang Lain.


As Salam and Hello.


Ada seorang kawan tanya pada aku, apa pendapat aku kalau laki orang suka kat aku, dan aku pun suka kat dia?




Sebenarnya aku tak tau nak jawab apa. Sebab tak pernah terfikir pun, malahan aku tak nak fikir bahawa aku akan jatuh hati kat laki orang. Tapi dia mintak pendapat aku. Jadi terpaksalah aku mengeluarkan apa yang ada dalam kepala otak aku dan apa yang aku fikirkan dalam lubuk hati.


Bagi aku, lantaklah kalau ada laki orang suka kat aku, perasaan orang kita tak boleh nak halang. TAPI !! Jangan aku yang ada hati kat laki orang dan aku memang akan elakkan.


Aku pasti, kalau boleh semua wanita tidak mahu berada dalam situasi begini. Takde wanita yang mahu campakkan diri dia untuk berada dalam keadaan yang rumit macam ni.

Dan aku juga tau perkara yang melibatkan hati dan perasaan ni bukan dalam kawalan kita. Sebab hati kita bukan komputer yang boleh diprogram atau di format berulang kali. Tapi kita masih ada akal untuk membuat pertimbangan wajar dan rasa belas sesama makhluk.

Mungkin ada yang kata tiada niat untuk merampas, tak terfikir pun lagi untuk merampas, hanya berkongsi kasih. Oh come on. Jangan tipu. Aku pasti, bagi seorang wanita, apabila telah berada dalam satu perhubungan yang melibatkan cinta, dia pasti mahukan satu ikatan yang pasti, iaitu perkahwinan. Semua wanita begitu.


Walaupun kau kata ini soal hati, bukan kemahuan kau, tapi fikirlah. Dalam pada kita sibuk menjaga dan pentingkan hati kita, kadang-kadang kita tak sedar atau buat-buat tak sedar bahawa ada hati lain yang terluka dan menjeruk rasa. Cubalah letakkan diri kita dalam kasut dia.

Apa perasaan kau kalau satu-satunya yang amat penting dan bermakna dalam hidup kau, dirampas dari kau tanpa kerelaan?

Ingatlah. Kita takkan mendapat kebahagiaan yang kita idamkan dengan cara merampas kebahagiaan orang lain. Kalau pun kau dapat memiliki dia, dalam hati kau pasti ada perasaan tak tenang dan tenteram. Lain lah kalau isteri pertama redha dan benarkan suami dia berkahwin lain.

Tapi cuba kau bayangkan, isteri mana yang sanggup berkongsi suami, orang yang diharapkan untuk sehidup semati, memberi perlindungan dan kasih sayang sampai ke mati.

Fahamilah apabila seorang wanita telah bergelar isteri, bermakna dia telah menyerahkan hati jiwa dan raganya untuk si suami. Ya, hanya suami. Tapi kalau suami pun mahu diambil oleh orang lain, lalu apa yang tinggal pada dia?


Dalam hal ni, aku tahu lelaki yang paling lemah, sebab pasti mereka akan kalah dan tunduk dengan desakan nafsu. Tapi ingatlah, Allah jadikan kita orang perempuan orang yang kuat dari segi mental dan dalaman, berbanding kaum lelaki yang hanya kuat dari segi fizikal. Sebab itu orang perempuan dijadikan sebagai ibu, sebab kita kuat.

Jadi kalau orang lelaki lemah mentalnya, kita yang kuat ni lah kena pertahankan pendirian kita. Kalau kita tak mahu orang lain ambil hak kita, kita jangan ambil hak orang lain. Aku percaya pada karma.

Jangan diambil sesuatu yang bukan milik kita.

10 Kata semangat:

Kaseh Chempaka said...

benar.kadang-kadang sudah tahu hak orang masih tergatal-gatal.Yang jantan pula tak sedar dah bertahun kahwin , bini kat sebelah lupa ,gilakan betina lain. ( maaf ayat agak kasar) . Bukan apa ,kadang-kadang dia orang lupa.mampukah perempuan lain itu jaga mereka seperti mana isteri menjaga,kalay ya alhamdulillah,kalau tak? menyesal tak sudah ? . lelaki perlu belajar bersyukur dan bercukup. wanita perlu belajar menghormati hak orang.Kadang-kadang perempuan ni,jumpa tak pernah,apa tak pernah,cakap telefon jer,chatting saja dah sanggup nak kahwin.sanggup nak hancurkan rumahtangga orang. Yang lelaki pula bila cinta dah kabur mata yang salah semua isteri yang hebat semua kekasih :)

Miss Y and Her World said...

Betul. Sangat setuju dgn awk Kaseh. kita perlu belajar hormat hak orang, perlu ada harga diri.

jokergurl said...

hai.............ni kiter ada bagi link tutorial untuk letak iklan statik kat tepi tu,senang faham

http://tutorialuntukblog.blogspot.com/2010/02/letak-iklan-nuffnang-statik.html

Miss Y and Her World said...

Thank you sooooooooooooooo very much ;)

titan said...

panjangnya tajuk. hehe..

Miss Y and Her World said...

aah. kikikiki.

grawwrbabe. said...

apa kita buat kita akan dapat balik :)

Miss Y and Her World said...

yeah, i believe in karma too. what goes around, come around.

Anonymous said...

cane klu ppuan 2 sbnrnya kne tipu?tp nsi dh jd bubur, mcm ada org ckp hati ni bkn robot, xblh kta nk tkr2 perasaan..xsmua slh ppuan 2 kn..cane dia nk ubh takdir dia 2....

Anonymous said...

laki u takkan cr org lain kalau u all xjaga btl2...kedua...dlm islam tu poligami kan boleh..bg je la laki tu kawin lain drpd bergelumang dosa..ade sbb kenape islam benarkan kalau cukup syaratnya...sebelum slhkan pompuan lain kacau laki u all..tgk diri sendiri...kekurangan..jgn dok sibut nasihat org,karma la...yg patut dinasihatkan diri sendiri kerana tak pandai jaga suami..smpai suami nak org lain..