Masih Hangat

23 June 2011

Berganti Hati

As Salam and Hello.



Hati aku pernah patah. Bukan patah sebab putus cinta ke, kena tinggal boyfriend ke, kekasih aku curang ke apa. Hati aku patah sebab
kawan. Makan dalam juga la, sebab kesannya sampai ke hari ini. Selalu orang patah hati sebab cinta. Tapi aku ada sikit pelik. Silly me.


Sebabkan peristiwa patah hati aku tu, aku jadi manusia yang reserved. Tak percaya orang. Perahsia. Ramai orang cakap hati aku keras. Keras tang mana tak tau lah pula. Mungkin disebabkan peristiwa di area perkawanan ni, maka jadi berjangkit ke area lain pula. Orang kata 'one thing lead to another' macam tu.


Sebab kawan aku buat macam tu, maka aku pun jadi tak percaya pada benda-benda lain juga. Maksudnya benda yang melibatkan perhubungan (sebarang bentuk perhubungan) dengan manusia lain. Dengan binatang aku ok. Sebab binatang tak reti nak pedajal aku.


Oh yes, aku memang ada kawan. Aku senang buat kawan. Mungkin sebab aku ada sikit peramah atau tak tau malu. Tapi sebenarnya untuk aku letakkan kepercayaan ke, harapan ke, apa ke memang takde la. Pengalaman lepas tu yang ajar aku jadi macam ni.


Sakit dikhianati kawan sebenarnya lebih sakit dari putus cinta, tahu? Lebih-lebih lagi kalau kawan kau itu adalah kawan yang kau rapat dan percaya. Oh. Aku tiada hak untuk cakap macam tu. Sebab belum pernah rasa putus cinta. Tapi aku fikir, mesti lebih sakit.

I always knew lovers could break your heart,
but I never knew your friends could.

Kalau kau tanya macam mana aku sekarang, ya. Aku beku. Atau telah berubah menjadi pesimis? Atau prejudis? Mungkin. Bila dikenang-kenang, pada waktu itu aku tak berdaya, atau sebenarnya aku memang bodoh?


Ah. Dengarlah lagu ini, kalau kau pun pernah patah. Tukarlah hati kau, ganti dengan yang baru.




If someone hurts you, betrays you, or breaks your heart, forgive them for they have helped you learn about trust and the importance of being cautious to whom you open your heart.



4 Kata semangat:

Idati Malek said...

hmmm...aku pun slalu trasa hati dgn kwn..n smpai la ke hari ni aku rase aku xde kawn yg betul2 rapat dgn aku.

aku xde kwn yg btul2 bleyh tahu smua cerita aku.aku dah x pcaya org,,...huhu..kwn2 yg aku ade skrg smuanya ok, cume aku je kot yg b'mslah..huk2

Miss Y and Her World said...

susah kan. bila sekali kita dah kena teruk, kita jadi serik. dah jadi terlalu berhati-hati. sekarang ni aku kawan biasa-biasa je. aku takut benda lama berulang lagi.

kalau ada apa-apa pun, aku simpan sendiri je.

Mohamadazhan.com said...

kadang2 memang taklepas juga terasa hati ni..tapi buat tak kisah saja lah...bertolak ansur itu yang terbaik =)

pertama kali singgah sini =)

Anum said...

hai
nice blog
salam perkenalan
follow me back
thanks