Masih Hangat

08 August 2011

Bukan Milikmu



As Salam and Hello.


Segala yang dihasrat
Tapi tak didapat

Adalah nikmat

Yang paling padat (A Samad Said, Benih Semalu)


Nikmat? Nikmat apa? Bagaimana boleh dikatakan kemahuan yang tidak tercapai itu satu nikmat?


Nikmat menghargai. Sesuatu yang kau punya. Bila kau mula sedar betapa bermaknanya apa yang kau miliki, di situ lah kau mendapat nikmatnya. Kesedaran.

Jika kau tidak memiliki apa yang kau sukai, sukailah apa yang kau miliki saat ini.

Antara keinginan dan yang dah tertulis itu, kadang-kadang tidak seiring. Tapi Allah lebih mengetahui. Tuhan memang tak selalu beri apa yang kita minta, tapi Dia akan beri apa yang terbaik untuk kita.


Lalu kenapa Dia tidak beri apa yang kita inginkan?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui (Surah Al-Baqarah ayat 216).

Dia ada jawapannya atas segala sesuatu yang tidak kita ketahui.






Sehingga itu, redha.






15 Kata semangat:

Zeeqa ~ Ajie said...

'Enak belum tentu nikmat, tetapi nikmat sudah pasti enak'

izfanora said...

kadang yang terbaik untuk orang lain itu bukanlah yang terbaik untuk kita.. :)

ArulchelseA said...

btul tu..setuju... kdg2 yg kita nak selalu mnyakitkan hati..

misyamissyou said...

yup..kne bersyukur dgn ape yg ade..Allah maha mengetahui

Umie Artoqiemie said...

a’ah.
patut kene bersyukur.

ika said...

kita kena redha dengan segalanya...:) allah tahu apa yang terbaik...

Si Pengembara said...

redha..ikhlas..tawakal..
mudah disebut.. payah dipikul..
InsyaALLAH..sama2 kita bermujahadah..

Si Pengembara said...

redha..ikhlas..tawakal..
mudah disebut.. payah dipikul..
InsyaALLAH..sama2 kita bermujahadah..

MakweGerrard said...

segala yang berlaku ada hikmahnye..=)

Aida Omar said...

sentiasa redha dgn ketentuan Allah..sebab Allah maha mengetahui yg mana terbaik utk kita :)

Nana (phoged) said...

(^_^)
tiap yg blaku pasti ada hikmahnya!

miZz_nizZ said...

redha..chill ek..=)

wanacesh said...

tersentuh hati saya,,Ya Allah jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa mensyukuri segala nikmat kurniaan-MU

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

Allah lebih mengetahui segalanya .

apa yang terbaik dan apa yang terburuk buat kita

:)

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said...

memula gua mmg blur dgn apa yg pak samad tu nak smpai kan..time kasih pada lu yg blh jd cekgu sastera.hehehe...

ayat yg kt bwh tu gua pnh baca dalam blog bekas mufti perlis..mmg berkesan utk mengubat jiwa kacau.