Masih Hangat

18 June 2011

Saat Untuk Kau Lepaskan

As Salam and Hello.


Pernah tak kamu berada dalam satu situasi di mana terpaksa untuk melepaskan seseorang pergi dari hidup kamu? Walaupun orang tu sangat bermakna dan penting pada kita, namun apalah maknanya jika kehadiran kita pula dianggap tidak bermakna padanya?


Dan mungkin juga kehadirannya tidak selalu nya membahagiakan dan kadangkala lebih memudaratkan diri kita, kita tetap sukar untuk lepaskan dia pergi. Sebab mungkin telah terbiasa dengan kehadirannya di sisi.





Lebih-lebih lagi berkaitan soal cinta.

Ada perkara-perkara yang tidak ingin kita lepaskan, orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan tapi ada saatnya di mana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita, tetapi disebabkan kita sedar bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.


Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu. Seolah-olah hidup kita akan hambar dan tidak lagi bermakna apabila dia tidak lagi hadir menemani.


Kita juga kadangkala tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasakan dirinya cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain. Kita merasakan tak mungkin dapat menemukan seorang insan istimewa sepertinya lagi.


Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah sentiasa terbayang di benak kita. Kita takut kemungkinan nanti hanya hidup dengan sekadar bertemankan bayangan itu. Kita takut saat-sat indah itu tak mungkin lagi dapat kita nikmati.


Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata Saya sangat mencintainya.


Tetapi ingatlah !!


Melepaskan bukan lah akhir dari dunia melainkan awal dari suatu kehidupan baru.


Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya, melainkan sesuatu itu adalah dengan izin Allah jua.


Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari bahawa yang kacak, yang cantik, yang istimewa belum tentu adalah yang terbaik buat kita.


Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Tuhan mengambil sesuatu, Dia telah siap untuk memberikan yang lebih baik pada kita.


Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu. Masa yang lalu tak mungkin dapat kita putarkan kembali.


Kita harus melepaskan seseorang kerana fikiran dan hati kita berkata tidak ada lagi yang dapat dipertahankan.


If you have to let go, just let it go. Kerana melepaskan itu mungkin lebih baik untuk kita, dan juga dia.

Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa apa. Kerana kita telah memahami bahawa segala sesuatu itu ada waktunya, ada saat mempertahankan dan ada saat melepaskan.


Sometime you just have to hold your head up high, blink away the tears and say good-bye.

And,

Don't forget to live.

4 Kata semangat:

[sutera kasih] said...

betul tu..melepaskan bkn beerti berakhirnya kehidupan..

Miss Y and Her World said...

ye. kadang-kadang takde gunanya kita bertahan. lebih baik kita lepaskan, untuk kebaikan dua belah pihak.

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

melepaskan secara tidak ikhlas dan rela itu suatu yang tidak enak.

nadirahnad said...

Usually, a wonderful things will happen on the later.