Masih Hangat

08 July 2011

Teguran Ikhlas Dari Seorang Lelaki Untuk Wanitanya



As Salam and Hello.



Aku ni jenis orang yang tak boleh duduk diam. Kalau tengah duduk pun ada je yang aku buat. Tangan dok merayau sana-sini, belek-belek menu(kalau kat kedai makan) dan kaki dok goyang-goyang. Dan lagi satu habit aku, aku suka duduk bersila atas kerusi. Memang tak senonoh betul perangai seorang perempuan aku.


Dan sang kekasih aku pun selalu lah tegur pasal sifat aku yang tak reti duduk diam ni. Kadang-kadang bila dia duduk sebelah, tengok kaki aku goyang-goyang, dia tampar je kaki aku. Kalau dia duduk depan aku dan tangan tak sampai nak tampar, dia cubit pakai kaki dia.


Dia suruh aku behave depan orang. Aku pun tanya, apa dia malu ke dengan perangai aku? Sekurang-kurangnya aku tak berlakon. Aku tak berpura-pura jadi lemah lembut sopan santun ke apa. Kenapa dia tak boleh terima aku seadanya, sebab perangai aku memang macam tu. Kalau dia betul-betul nak aku, then take me for who i am la. Ya, aku memang degil dan suka melawan.


Degil suka membantah.



Tau dia jawab apa?


'Saya tak nak orang cakap bukan-bukan pasal awak. Kutuk-kutuk awak, sebab awak tu bakal ...............(isi tempat kosong) saya. Saya tak nak sakit hati bila dengar orang mengata awak. Saya tak suka kalau ada orang mengutuk awak. Kang tak pasal-pasal orang tu kena tumbuk dengan saya. Kat dalam kereta nanti kalau awak nak berguling atas lantai ke, nak letak kaki kat atas dashboard ke, suka hati awak lah. Sebab awak dengan saya je, saya je yang nampak'.


Wau !! Terus aku terfikir. Rupa-rupanya selama ni aku ikut suka hati aku je, ikut ego aku je, langsung tak pernah fikir perasaan dia. Tak jaga air muka dia di depan khalayak ramai.

Memang lah kita kena jadi diri sendiri, tapi dalam situasi tertentu kita kena tengok juga di mana kita berdiri. Takkan lah datang makan kat restoran kita buat macam datang zoo kan. Kira macam tu lah perumpamaannya.


Aku mengaku aku jenis yang degil. Bukan degil lagi dah, tapi ego. Suka ikut kepala sendiri je. Teguran orang aku ambil tak endah. Bila orang tegur aku marah. Mak aku sendiri cakap aku ni degil, keras kepala dan keras hati. Hehe. Tapi tu banyaknya masa zaman muda aku lah. Sekarang aku cuba perbaiki sikit demi sikit, walaupun perangai degil tu masih ada lagi.


Kalau kita nak orang jaga aib kita, kita jaga aib orang. Belajar untuk terima teguran orang, jangan pertahankan ego je.Fikir kita je yang betul. Bukan semua orang tegur kita sebab nak mengkritik atau mencari kesalahan. Ada yang tegur untuk kebaikan supaya kita dapat perbaiki kekurangan kita.


Maksud aku di sini, bukan teguran dari boyfriend kau je, tetapi dari semua orang. Analisa teguran dia, kemudian pandang diri kau. Kalau kau rasa teguran dia tu betul, cuba perbaiki sedikit demi sedikit. Tapi kalau kau fikir tegurannya tu tak munasabah, maka kau berhak untuk kekal dengan pendirian kau.


Bagi yang nak menegur tu pun, tegurlah dengan lembut. Kau pun tahu, keras orang perempuan ni di permukaan je, di dalamnya lembut. Kalau boleh kau luahkan perasaan kau tentang apa yang dia lakukan. Kenapa kau tak suka dia buat macam tu. Everything must comes with reason. Tapi selalunya orang perempuan ni mudah hadam, lagi-lagi kalau teguran tu datang dari orang yang dia sayang.


Kadang-kadang aku buat juga perangai tak semenggah aku tu. Tapi bila dengan dia jelah. Bila dengan dia, aku start jadi ungka balik. (^_^)



p/s: For girls, please behave bila keluar dengan boyfriend. Nanti takde lah orang cakap boyfriend kau jalan dengan ungka. Haha ;)

39 Kata semangat:

Anum said...

sebagai seorang perempuan kena jaga adap sopan kita
hahhahaa

cengkerangcipot said...

ungka tu ape eh?? hehe xtau la..
ok entri ni sgt menarik..
tahniah kpd ur bf yg sudi tego dgn penuh keikhlasan tu.. :)

thx jgk td dtg mlawat entri sye.. :)

cik paja hanim said...

terima teguran dengan fikiran yang positif kan..kaloa ade teguran bermakna org tu syg kite..jgn pikir bukan2..:)

~aYeeN & SuE~ said...

terbaik...untungla dpt bakal suami cmni...:)

Ym.Bundle said...

tu la perempuan selalu salah anggap teguran lelaki..nasib laki hang cool..

ayaa alyy said...

same like me. kalau duduk je kat kerusi mesti nk bersila. dah byk kali bf tegur tp mcm dah biasa. degil jgk actually :P

SpaQue said...

bese r 2..setiap psgn ada kontra die..klu lelaki 2 pendiam, pompuan mesti byk mulut. klu laki 2 skema, pompuan 2 mesti yg giler2 punye..vice versa..

tp ade btulnye nsht die..kat public kne behave sket.. Cth : kte suke korek idung, tp xkan kt public pn slamber je korek2..hehe


Entri Ngetop Program Menu Rakyat 1 Malaysia | Kurangkan Beban Tambah Penyakit?

khairina izzati said...

eh eh, nak tahu tak? perangai kita sama. hahah saya pun suka duduk bersila atas kerusi. saya pun degil, ego semua tu. nasib laa tak dapat bf mcm tu. kalau tak, 'perang' laa hari hari haha

Siti Khadijah said...

true indeed..:)..entry yang sangat betul..hihi..

Miss Y and Her World said...

@Anum
ya, baiklah. hehe. tapi perangai tak semenggah tu tetap ada. hahaha ;)

Miss Y and Her World said...

@cengkerangcipot
alamak. tak tau ungka tu apa? ungka tu salah satu dari spesis beruk lah. hehe ;)

Miss Y and Her World said...

@cik paja hanim
ya, betul tu. sebab dia taknak kita terus hidup dengan kesalahan. cuba untuk berfikiran lebih positif ;)

Miss Y and Her World said...

@Ym.Bundle
itulah, nasib dia cool. ahahaha.

Miss Y and Her World said...

@ayaa alyy
adoii, kita ni termasuk dalam spesis degil. kadang-kadang memang terlepas jugak buat macam tu. redha jelah ;)

Miss Y and Her World said...

@SpaQue
wahh, contoh korek hiidung yang tak leh blah tu. eheheh ;)

Miss Y and Her World said...

@khairina izzati
ni mesti kes suka menjawab kan, sampai perang-perang ni? hehe.

Miss Y and Her World said...

@Siti Khadijah
kan kan? terima kasih ;)

niena shopping2u said...

erm.. kesian tgk kak norma tu... kesian baby dia

el-janna said...

huhu^^ sentap-.-"

miss dynda said...

ungka?? ha3.. ungka pon ungka la.. eh, ingt dynda sorg je ske duk bersila ats krusi.. kwang3~ XD

tiera said...

like this post...best!!^_^

Miss Y and Her World said...

@niena shopping2u
itulah. sayu hati. semoga mereka terus bertahan.

Miss Y and Her World said...

@el-janna
sentap kenapa pulak tu? hah, sama lah tu ek? kena tegur jugak ke? hahahaha.

Miss Y and Her World said...

@miss dynda
ekekeke. sama lah kita. ramai rupanya ye yang suka bersla atas kerusi. bukan apa, kami orang kampung. dah biasa makan bersila. hahaha ;)

Miss Y and Her World said...

@tiera
terima kasih ;)

anismelon said...

kadang anis pon gini..wat ikut suka hati..anis nak kene ade org tegur baru anis tak buat..bgus la bf miss y nie..hehehe..

zatyTastic said...

ha`ah la.betul jugak.;)

cikguden said...

ada betul juga bf ko cakap tue. huhu

Ms Z said...

haha.. tp sweetye la dia ckp cmtu kt awak. girls memg selalu kena behave kan? guys x payah pulak. sighs.

Miss Y and Her World said...

@anismelon
bagus memang bagus. habis yang kena tampar kaki dan cubit tu apa cerita? sakit tau. hehe ;)

takpe ubah slow-slow ye.

Miss Y and Her World said...

@zatyTastic
kan kan?

Miss Y and Her World said...

@cikguden
ya, mmemang betul pun. saya je degil. hehe ;)

Miss Y and Her World said...

@Ms Z
sweet ek? hihi ;)

aah lelaki dok terkangkang pun takde sape nak marah. hmmm.

Orang Kampung said...

heheehe..
slmt trima juga teguran laki tu.. brmkna mmg hng btoi2 sygkan dia la.. hng kan degil.. hihi

~syue syada~ said...

ok,fne..lepas ni kena behave lah bila kuar dgn bf. msuk kete buat perangai balik.hehe

r.a.firdausi said...

hahah.. pesanan yang baik ntuk aweks2 kat luar sana ni.. wajib baca.. hahaha...

♪ Mira Popo said...

jujur sy ckp,,,awk org yg bruntung ada lelaki cmtu..aaauu!!

sis eiyan azian said...

i like~

shishi.. said...

bgus la bf u..i pun kdg2 ble bosan ske wat prangai bkn2 jg..