Masih Hangat

07 July 2011

Mencari Superhero Dalam Diri

As Salam and Hello.



Berapa ramai antara kita yang ada sifat seperti superhero?. Bukanlah sifat dia yang boleh terbang ke, laser guna mata ke, kuat gila-gila tembak tak mati ke. Tak payahlah berangan yang macam tu. Itu semua auta. Tapi sifat dia yang mahu membantu orang lain yang dalam kesusahan tu, yang sampai sanggup meninggalkan kepentingan sendiri.

Yelah, kang time tengah dating dengan awek, terpaksa tinggalkan kejap sebab ada kebakaran la, rompakan la. Atau terpaksa berlakon jadi geek semata-mata tak nak reveal identiti diri sebagai superhero.


Ilusi.


Tapi macam mana pun dia sanggup juga untuk melalui semua tu atas nama kemanusiaan, membantu orang lain yang memerlukan. Tak ramai kan yang ada sifat macam ni. Program macam Bersamamu TV3 tu tak payah cakaplah.

* Iklan sekejap*

Apa guna bagi derma tapi siap pose bagai depan kamera semua. Kalau boleh semua nak enterframe. Himpit-himpit bagi dapat masuk dalam gambar. Tu cek tu. Perlu ke buat replika sebesar-besar alam nak tunjuk berapa amaun yang di derma. Kau derma beras, betul-betul sebab nak bagi diorang makan ke atau sebab nak promote syarikat supaya setiap kali iklan, boleh keluar jenama beras kau tu di mata-mata rakyat Malaysia. Apa guna menderma tapi kau menunjuk-nunjuk.

Yang ketua kampung, orang kampung pun time tu la tiba-tiba jadi prihatin. Berbondong-bondong datang tunjuk muka. Yelah masuk TV katakan. Kang dapat juga tumpang glamour, promote kampung atau menunjukkan yang kau tu prihatin. Padahal sebelum tu, lalu depan rumah pun tak sudi. Padahal sebelum tu kau tak tahu dan tak nak ambil tahu apa-apa pun pasal dia. Kenapa pula bila orang TV datang kau jadi peramah bersalam-salaman depan kamera?


*Ok habis iklan. Kang ada yang kena saman*


Kadang-kadang bila kita nak tolong orang lain, tak banyak sikit pon kita akan tanya balik. Apa yang aku boleh dapat in returns? Kalau aku tolong dia apa aku boleh dapat? Kang kalau tolong kang tak pasal-pasal aku pula yang dapat susah? Contoh bila menderma. Kalau aku derma duit kang duit aku tinggal sikit la pulak? Macam mana nak makan? Macam mana nak pergi shopping sedangkan kawan-kawan dah ajak?


Ada sesetengah tu pula yang lebih mementingkan apa yang orang lain kata, lebih dari kata hati sendiri. Kalau aku tolong, nanti orang cakap aku nak tunjuk baik la, tunjuk lagak banyak duit la, nanti orang ingat aku kaya. Lagi ramai minta duit kat aku? Pertolongan dari segi wang ringgit ni adalah salah satu contoh la. Banyak lagi contoh pertolongan yang lain.


Berapa ramai yang menolong sebab betul-betul nak tolong? Takde niat lain memang nak tolong je. Bukan sebab nak dapatkan ganjaran ke, dapat masuk tv ke, dapat jadi anak menantu ke. Tu kena tanya hati sendiri la kan. Sebab kita je tahu apa niat sebenar. (dan Tuhan juga)


Tapi boleh cakap zaman sekarang ni, semuanya nak balasan. Apa yang kau beri, mesti ada ganti. Jadi tak kan rugi apa-apa. Kalau tak, 'what you give you get back' la kan bak kata pepatah. Mana pergi sifat kemanusiaan dalam diri. Mana pergi ajaran agama yang kalau menolong harus seikhlas hati tanpa mengharapkan pembalasan? Dunia semakin maju, i guess? Sistem barter trade itu sudah semakin difahami? Is this the price we have to pay in the name of modernization globalization or whatever?


Apa rasa bila tolong orang? Bila orang yang kau bantu sedikit sebanyak mendapat kekuatan dan sinar harapan dari secebis pertolongan kau? Rasanya semua tahu. Jom cari superhero dalam diri.


P/s: Kalau kau dah jumpa superhero dalam diri kau, dan sudah bersedia untuk membantu, sila baca Kisah Sedih Pasangan Norma dan Talib dari Fillanie. Aku harap kita sama-sama dapat jadi superhero. Walaupun superhero yang tidak kelihatan di kaca TV. (Tiada sebarang unsur paksaan).



Pic taken from Fillanie.

1 Kata semangat: