Masih Hangat

03 July 2011

Apabila Wanita Berbicara Pasal Bola



As Salam and Hello.


Adoi ai sesak nafas aku tengok team Malaysia lawan Chinese Taipei ni. Aku bukanlah seorang yang pakar pun untuk bercakap mengenai bola ni, jauh lagi nak mengulas macam Datuk Hasbullah Awang. Kiranya aku akan bercakap sebagai seorang perempuan yang hanya menonton.





Aku tak paham kenapa la depa ni dok pass pass bola tang tu je. Last-last dapat kat team lawan. Dah tu main jenis berkumpul kat satu tempat pulak. Aku mula-mula nak berterima kasih jugak la kat penjaga gol, Sharbinee sebab berjaya menyelamatkan sepakan penalti team lawan.

Tapi bila dia pulak yang jatuhkan seorang pemain dan dihadiahkan pulak sepakan penalti, aku dah tak tau nak kata apa dah. Nak maki pun tak boleh, sebab aku tau niat dia nak selamatkan gawang. Tapi tulah. Soal teknik aku tak boleh cakap apa.


Tapi aku memang rasa kecewa jugak lah. Tolonglah bangkit Malaysia. Kalau tak mampu bangkit, tolonglah bertahan. Tolonglah !!

5 Kata semangat:

PenDekAr LauT said...

Memang teruk sikit MAS main tadi.. Penyudah tak tepat n sepak tak kuat.. Pertahanan leka asyik duk bontot pemain lawan. Itu sbb susah nak rebut bola tinggi dr lawan.. Apa2 pun MAS layak ke peringkat seterusnya kira oklah..

Miss Y and Her World said...

@PenDekAr LauT
itulah. kecewa dengan permainan team MAS tadi. sesak nafas dibuatnya. takpelah, asalkan dapat ke next round. mintak-mintak depa tak buat kesilapan yang sama ;)

airaniez wirdani said...

Betul..bengang gak kan game tadi.Gol dah *world class*.tapi defend..aduhai..

Diary oF Mine said...

reff x adil la smlm!! sakit jantung tgk... huhu

Anonymous said...

bodoh, xtau pasal bola nk ckp pasal bola.. ni la jdnya.. sume permainan ada peraturan trsendiri.. so klau xtau, study dlu ok..