Masih Hangat

10 July 2011

Muka Macam Kau? Sorry, Aku Tak Pandang.



As Salam and Hello.


Kadang-kadang aku pelik juga dengan sikap sesetengah manusia yang menilai manusia lain berdasarkan rupa paras.

Muka handsome bersih, baik budak ni mesti molek pekertinya .

Muka serabai tak berapa nak kacak, eh hati-hati sikit tengok muka dia ni tak boleh nak percaya. Entah-entah perompak.

Muka berjerawat, sah tak pandai jaga kebersihan. Tak pun mesti otak selalu kuning.

Pakai baju branded, oh budak ni gaji besar kerja bagus. Cerah masa depan.

Pakai baju bundle seluar baggie, ini mesti kutu jalanan takde masa depan. Melepak je kerjanya.





Lagi aku tak paham bila ada yang menilai dengan sebaris ayat 'tengok muka je dah tau, bodoh'. Seriously. Tengok muka orang tu kau dah tau dia bodoh? Oh gosh. Sekarang kau cuba nak blame Tuhan ke sebab cipta wajah dia macam tu? Aku betul-betul tak paham macam mana pemikiran macam tu boleh datang dari otak manusia yang katanya ada akal. Sampai ada Facebook page lagi.


Aku kesian dengan lelaki atau perempuan yang direject kasihnya bila mana rupa wajah menjadi taruhan. Kau tau apa rasanya bila orang tu tak teringin langsung pun nak kenal dulu siapa diri kau yang sebenarnya hanya kerana syarat wajib yang satu tu tak capai markah penuh?


'Muka macam tu? Sorry bro, aku tak pandang. Bukan taste aku'.


Oh, boleh relate dengan lagu Avril Lavigne, Skater Boy.

He was a skater boy,
She said, "See ya later boy"

He wasn't good enough for her,
She had a pretty face

But her head was up in space

She needed to come back down to earth


Bagi aku lah, apa yang ada depan mata kita selalunya tak boleh dipercayai. Orang yang kau kata takde masa depan tu lah, satu hari nanti buat kau ternganga mulut melopong. Orang yang kau reject tu lah yang akan buat kau menyesal tak sudah.

Too bad that you couldn't see
See the man that boy could be

There is more that meets the eye

I see the soul that is inside

Ya. Kau pandang rupa, tak pandang yang di dalam. Kan dah rugi.

28 Kata semangat:

Hans said...

yups
rupa tu xkekal lama
tapi yang dalam kalau baik insyaallah kekal sampai bila2
:-)

Keputusan Jom Main Teka - Teki

pandangkedepan said...

insan cemerlang datang dari akal hati yang tenang jiwa yang mantap...x ade pun disebut muka...ehehe..
ske entry ni...:P

myra yusreena said...

taw xpe..da tue nanti same jek kedut jugak..haha

Fara Frazzo said...

Setuju! I've been in that situation.
Hanya kerana fara tak cantik,
sedap-sedap je orang cakap bakal jadi andartu. Haih

Entri lapuk yg kena awet supaya kekal lama:
Erkk..Ingat Sampai Tandas Dah!

wawa zulkafli said...

haha..tau xpe..i like ur post..hehe...apala sangt ada pda rupa...rmbut memng la sama itam, tp hati kita xtau cmne..xsame kot!

mierassayunk said...

hati lagi pentinglaaaa... hatii.... :))

Miss Y and Her World said...

@Hans
betul tu. rupa akan berubah seiring dengan masa. tak de apa pun yang nak dibanggakan.

Miss Y and Her World said...

@pandangkedepan
amboiii. dah macam Dato' Fadzillah Kamsah pulak. btw thankssss ;)

Miss Y and Her World said...

@myra yusreena
kikikiki. betul betul betul ;)

Miss Y and Her World said...

@Fara Frazzo
perghhhhh!!orang gila mana yang cakap macam tu? sewel betul.

Miss Y and Her World said...

@wawa zulkafli
ya, apa lah ada pada rupa. dalam kubur dimamah ulat juga ;)

Miss Y and Her World said...

@mierassayunk
yaaaaaa, setujuuuuu ;)

mamawana said...

Betul, bagus tu tak pandang pada rupa. Sebab hidung saya penyet., ramai org tak sudi pandang wajah yg penyet. Tapi saya memilih gak. Saya takut nak pandang rupa yg mengerikan. Spt... ada jerawat menanah kat muka dia, gigi dia rompong kuning cam takdak duit nak wat gigi pelesu... Saya suka yg macam James Bond, smart sokmo tapi suka aje takleh buat laki....kuang kuang kuang. gegurau jek.

Miss Y and Her World said...

@mamawana
adoii nya pun kan ;)

Cik Wani said...

hye,blogwlking here..

btw jom komen link entry wani ni.

http://akuazwani91.blogspot.com/2011/07/i-saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

thx a lot =)

izzad b* said...

ye, terase coz muke berjerawat, otak x kuning ok!ahahaha, yap, jgn main sembur jer,kenal dlu then bru ckp. :)

shedameor said...

alahai, kelamnye ekau. macam muka kau tu cantik sangat ke pulak nak nilai2 orang macam tuu. kan kann ?

anamizu said...

cik ana pernah hadap semue nih..
berkawan dgn insan istimewa..
dicaci dihina mcm2..
hati pedih tiap kali fikir ape lah salah die jd cmtu..bukan die mintak jd camtu..manusia..manusia..hemmm~

anum farida said...

tu la...kesian org tak lawa mcm saye nie...huhuhu...tp x pela...syukur jer....ALLAH dah jdik sebaik2 kejadiann..jodoh sume dah ditentukan kan??? cume lambat or cpat jer.. :) eh...emo lak...kekekekkke :D

tonaH iS herE said...

sedih r kalo owang taknak kawan ngan kite sebab rupe paras~

tak kenal maka tak cinta~

nice post~

Miss Y and Her World said...

@Cik Wani
selamat datang ;)

Miss Y and Her World said...

@izzad b*
dah dah. takmo terasa lagi. bolayan aje ;)

Miss Y and Her World said...

@shedameor
ya, macam tu lah kaedahnya ;)

Miss Y and Her World said...

@anamizu
kejamnya orang yang buat dia macam tu. takpe, asalkan awak ada di sebelah dia. semoga dia kuat dan tabah ;)

Miss Y and Her World said...

@anum farida
betul. percaya pada apa yang telah Tuhan aturkan untuk kita ;)

Miss Y and Her World said...

@tonaH iS herE
tak kenal maka tak cinta. itu yang sepatutnya.

btw thanks ;)

shishi.. said...

maybe rupa tu merujuk kepada kebersihan n kekemasan kot...but to those yg mmg refer bout rupa cantik or x,, mmg xpatut...

Shawal Arabella said...

yurp..btol uh..sy pnah rase camni..tapi bukan boyfriend laa..owg len2... haha maybe dy sakit hati sbb x dlyan kot!! ahaha lantak r..cantik fizikal e2 bley dibeli n bley berubah anytime..tp cantik dlaman akan kekal selamya..