Masih Hangat

06 July 2011

Begitulah Berakhirnya Ikatan Pertunangan Fida Ibrahim dan Azuan (Melodi)

As Salam and Hello.



Kau mesti dah tahu kan kisah Fida Ibrahim dimalukan dalam rancangan Bang Bang Boom dalam episod yang lepas? Dan ramai yang tak berpuas hati dengan cara team rancangan itu dan Azuan mengenakan Fida yang dianggap tak sesuai dengan adab masyarakat Melayu dan Islam itu sendiri. Yelah, perkara peminangan dan pertunangan bukan lah sesuatu yang boleh dibuat main. Boleh mendatangkan malu.




Tapi ramai juga yang nak tahu apa kesudahan cerita tunang Fida dan Azwan. Banyak andaian yang dibuat oleh penonton dan banyak cemuhan yang diterima oleh pihak Bang Bang Boom, sampai mereka terpaksa suruh penonton bersabar dan tunggu episod seterusnya. Wahhh hebat gak penangan Bang Bang Boom ni ek.


So kau ada tengok ke tadi sambungannya? Aku pukul 9.30 lagi dah tercongok depan TV. Rupa-rupanya siapa yang terkena? Ek eleh. Sebenarnya yang jadi mangsa dalam ini cerita ialah si Azuan. Fida dan team Bang Bang Boom dah berpakat lebih awal lagi. Kahkahkah. Kesian kau Azuan. Kau ingat dapat kenakan dia, alih-alih kau yang kena balik. Memang menggelabah muka dia tadi bila Fida nangis.


Muka takde senyum macam ni.


Fida pun tanya peminangan ni sekadar main-main je ke? Dia pun jawab sekadar sebuah cerita. Apa lagi Fida pun provok la tanya banyak-banyak soalan. Cakap Azuan dah malukan dia depan semua orang. Siap cakap dia baru putus cinta, tu sebab terima Azuan. Dia pun tanya si Azuan ni dah ada orang lain ke. Aku tengok Muka Azuan memang tak terkata apa la. Last-last dia ajak Fida bincang kat luar.

Hmm bincang punya bincang beruk Bang Bang Boom pun keluar. Tau lah Azuan dia dah terkena. Begitulah berakhirnya kisah pertunangan diorang. Ending. Takde sedih-sedih.

Tapi masih lagi aku rasa perkara meminang, tunang, nikah, kahwin ni bukan perkara yang boleh dibuat mainan gurauan. Sebab ia melibatkan sensitiviti masyarakat. Aku risau nanti ada pulak orang yang tak berapa nak cerdik otak terikut-ikut nak kenakan orang dengan cara macam ni.


Fikir-fikirkan.

12 Kata semangat:

MissF said...

btl, tkt nanti perkara camni org bt bahan jenaka. tak tgk pn td, tgk iklan je sbb bz layan showdown :)

[sutera kasih] said...

semangat dh td ddk dpn tv..kjp2 tgk bola, kjp2 tgk tv3..haha mmg pndaila si fida tu belakon, kan dh tekena pengacara melodi segmen bikin panas tu hehe


tp betul jgk tu, kang ada yg terikut2 plak..hmm tak elok ~

TAUHUSUMBAT said...

keep a gd work.. terbaek

yanchor said...

banyak mende dlm dunia nih, watpe la nk buat main soal jodoh & bersifat peribadi mcmni??? mmg memalukan...tambah lg kalo menjadi ikotan golongan kurang cerdik plak. Aish... :(

ct N honey said...

kita lihat sapa yang kena..lain kali jgn kena kan orang...kan dah kena diri sendiri

dya mohamad said...

mmg best nak kene kan org,die kene blek.haha

epics said...

oh fida... i lap u... muah23... :D

it is me said...

sama mcm saya pikir..bukan soal siapa prank siapa.pada pihak fida,dia x kan rasa apa2 sgt sbb dia dah tau dia bukan mangsa sebenar.family dia pun camtu.krew bang2 boom pun agak 'berani' sbb tau azuan sbnrnya yg akan kena.tp sy dok pk psl si azuan ni..sbgai lelaki,masa dia mula plan bnda tu,xterpikir ke dia awal2 plan dia tu melampaui batas?xterpk ke dia malu yg akn ditanggung mangsa yg dia nk kenakan?kalau pun dia berpakat dgn fmly fida sndiri,yg akn tanggung fida jugakn selaku tuan pnya badan,x pk ke dia smua risiko tu?kalu sorg lelaki betul2 gentleman,matang&hormat pmpuan,awal2 lagi dia xkan trlibat dlm prank mcm ni.awal2 akn tarik diri wpun org keliling menggalakkan dia..

syaz@rozelt said...

episod lepas mmg agak mencuakkan siket..tengok iklan upe2nye ade smbungan tp x tengok pon..thanks for sharing~hehe

Mr Rileks said...

rancangan prank mcm nie smakin byk kat malaysia nie... ermmm...

Idah said...

hope habis rancangan ni...semua jgn simpan dlm hati fida maupun azuan tu....happy selalu kkkk

AnNa FaRHaNa said...

pelik kan..si azuan ni xde plak terpikir yg rncangan dia nk kenakan fyda tu sesuatu yg melampau wlupun hakikatnye die yg terkena sbnrnye...haisshh...bende2 cmni pun org duk bt main2..jgn nnti sy nak kwin,sy terkena mcmni sudahlah..mau kene penendang org tu..huhu..