Masih Hangat

31 July 2011

Apabila Khairul Fahmi dan Aimie Harmelia (Elia) Putus Tunang, Ramailah Yang Menjadi Professor Serba Tahu...




As Salam and Hello.


Berita yang sangat gempak dan kebabom pada hari ini tentulah tak lain tak bukan kisah putus tunang antara penjaga gol bola sepak Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat (Apex) dan Aimi Harmelia (penulis blog Jejari Runcing).




Kisah selanjutnya dan penjelasan dari KFCM boleh lah di baca di sini. Bak kata beliau, tiada sebarang unsur pihak ketiga terbabit yang membawa kepada terjadinya keputusan yang dibuat olehnya.


Sumber : Harian Metro.


Ah, aku tak nak cerita kisah dan kronologi dia putus tunang sebab kau boleh baca semua tu dalam paper. Cuma apabila kes putus tunang ni terjadi, ramailah yang mengeluarkan buah fikiran masing-masing. Antaranya :


1) Apex lupa diri. Bila dah terkenal dan banyak duit, mula lah lupa daratan. Lupa siapa yang menyokong dia selama ni.

2) Elia terlalu mendedahkan kisah cinta mereka, sehingga tiada lagi privasi dalam hubungan. Semua benda nak cerita. Menimbulkan rasa tak selesa pada Apex.

3) Kesilapan Elia yang terlalu menjaja hubungan cinta mereka dan mengejar publisiti untuk menjadi popular. Hasilnya? Blog Jejari Runcing mencapai jumlah follower yang ramai dan trafik mencecah sehingga 4 juta. (4 juta? Gila ah !)


Bagi aku, ini merupakan satu pengajaran untuk kita semua. Baik lelaki, mahupun perempuan. Seperti yang aku cakap sebelum ni, kisah cinta tidak perlu dicanang serata dunia. Kelak kalau terjadi macam ni, siapa yang menanggung malu? Mungkin tujuan nya cuma untuk warning perempuan lain supaya tidak mengacau, tapi kepercayaan adalah asas perhubungan.


Lelaki pula, harus ingat. Nama, duit dan pengaruh takkan kekal selama-lamanya. Seperti yang aku tulis dalam entri sebelum ini. Lelaki biasalah, bila dah terkenal dan banyak duit, mulalah lupa diri.


Walau apa pun, kita semua tak layak untuk mengadili. Sebab kita pun tak tahu punca masalah dalam hubungan mereka. Bagaimanapun, putus tunang bukanlah satu kesalahan besar. Alam pertunangan ni satu tempoh untuk kita kenal diri masing-masing. Sesi suai-kenal untuk mencari titik persefahaman dan keserasian. Kalau ok, teruskan. Kalau tak ok, tiada salah untuk melepaskan. (Ok, ayat tu aku quote dari entri sebelum ni. Hihihi)


Kita ambil pengajaran dari kisah ini. Jaga hubungan masing-masing, ok?

18 Kata semangat:

miszfazierra said...

sedih dpt tahu dorang putus tunang pagi td . tgk metro jgak td

ErnieFaizal Siti said...

miss y..selamat berpuasa..dlm perhubungan memang kepercayaan amat2 diperlukan..tapi tulah,bila dah percaya dia curang lak..tak pun endah tak endah dengan perhubungan yg sedia ada..hati manusia memang senang berubah..termasuklah saya..hehe..

Dea said...

xtau nk ckp ape, tp harap2 leh bwak bincg agi...

h A n Y S said...

yang penting dlm suatu perhubungan tu ialah kejujuran, kepercayaan dan kesetiaan,kalau ada 3 tu, tak menjadi masalah kalau ada orang ke-3 ke atau cik jejariruncing nak kecoh2 tentang hubungan dia ke..tp antara 3 tu, jodoh penentunya lah..kalau ada, adalah jodoh antara mereka..


(eceh..panjang beno leternya kan..haha..blajar dari pengalaman lalu..eceeewah..hahaha)

h A n Y S said...

oh! btw, SALAM RAMADHAN.. =)

amir aizat said...

pemain bola sepak pon boleh kontroversi smpi putus.ish2

Hasrina.As said...

yer. totally agree miss Y

Anum said...

anum baca n3 ini, tetiba sedih dan nangis
ye la , x boleh kata apa2 sebab x tau siapa yang salah

saiazuan said...

pandai2 la diorng satel prob diorng an.. susah jd star ni, ad je bnda x elok orng tokok tmbah t..

alif haris said...

hoh bergossip nmpak :D
papeon nk ckp memang susah jadi artis ni .. huhuhu

laskar pelangi said...

tula kan. banyak desas desus pasal kes dua orang tu haaa...memacam gosip ada.tak tau mana satu yg btl dah...
dah femes jd cmni plak..dugaan tul untuk mereka

Liyana Aziz said...

betul, pengajaran buat kita semua... x boleh nak tunding jari pada sesiapa, memasing ada salah silap... mungkin ada yang lebih baik menanti...

Allah SWT lebih tahu...

eikieyn said...

totally agree dgn u..seriously, sweet cam mane pon bf/tunang tu, tayah la nk dicanang ke sane ke mari..bkn nye jeles ke ape..tp sendiri mau igt la kan. and for guys pon, igt la..glamer tu tak de bawak ke mane pon, yg penting dpt org yg ikhlas menerima diri seadanya. wah gitu.

youhazreenda said...

yup.. tak perlu nak heboh2 kisah cinta kita sangat.. bukan semua orang suka.. tambah2 bila pasangan dah jadi artis, kena lah pandai jaga privasi.. dan kenalah faham pasangan supaya takde la benda2 kecik menjadi besar.. huhu ;D

jehanfrhin said...

inilah yang dinamakan kita hanya merancang.. Allah yang menentukan.. mungkin ada hikmah d sebalik semua ini.. hanya Dia yang tahu.. Harap mereka tabah hadapinya..

~SALAM RAMADHAN~

Sarah Mohd Saleh said...

betul2.sgt tkt bile kite dah kecoh sne sini tp xmenjadi.aku tumpang smpati dkt mereka ber2 tuh

Dalin said...

awww~ again I love your words.. simple.. yet.. the meaning.. are priceless!!

"Bagi aku, ini merupakan satu pengajaran untuk kita semua. Baik lelaki, mahupun perempuan. Seperti yang aku cakap sebelum ni, kisah cinta tidak perlu dicanang serata dunia. Kelak kalau terjadi macam ni, siapa yang menanggung malu? Mungkin tujuan nya cuma untuk warning perempuan lain supaya tidak mengacau, tapi kepercayaan adalah asas perhubungan."

pls dont ever stop typing..

ILA HonEyBuNNy said...

betul tu...

xtau nak komen apa..tapi biarlah rahsiakan kisah cinta kita..

xperlu nak heboh2 sangat...skrg dah jadi cmne...

doakan yg terbaik untuk mereka..pasti ada hikmahnya..