Masih Hangat

13 July 2011

Seronok Ke Iklankan Diri Sendiri Dalam Facebook?



As Salam and Hello.


Pernah tak tengok orang iklankan diri dia dalam Facebook? Alah yang buat ayat macam;


"Sedang mencari dan terus mencari",
"Orang macam aku ni siapalah yang sudi"
"Aku mencari orang yang menghargai diri aku" and so on lah.


Banyak je jenis-jenis ayat yang bermaksud mengiklankan diri sendiri, cuma kau kena faham maksud ayat tersirat tu.


Dan orang yang konon-konon concern dan bersimpati pun akan buat ayat macam ni;


"Sabarlah, InsyaAllah ada tu",
"apa susah, I kan ada"
"tu lah, hari tu saya offer awak tak nak"
"kau bukan takde orang nak, tapi jual mahal" dan sebagainya.


Kau pun akan jawab balik dengan ayat;


"Memang tengah sabar, tapi sampai bila. Teringin bahagia macam orang lain"
"ngengada la U ni hiks hiks"
"mana ada jual mahal, yang ada pun main-main je. Lagipun siapalah aku ni, tak cantik"


Best ke ek bila iklankan diri sendiri? Boleh dapat simpati orang atau pun kau rasa bahagia sebab ada orang yang ambil berat pada kau? Atau sekadar cuba nak test market?



Jangan ada yang buat macam ni, sudah.



Pernah tak terfikir sama ada orang-orang yang beri reaksi tu ikhlas bersimpati, atau pun sekadar bersuka-suka jadikan keluh kesah kau tu sebagai bahan hiburan?


Seperti yang aku pernah cakap dulu,

Jangan terlalu mudah kau membuka pekung bercerita di alam maya. Sebab yang memerhati dan memberi reaksi tu tak semestinya ikhlas hatinya. Ada yang hanya sekadar menjadikan itu sekadar bahan hiburan, ada juga manusia dengki yang mahu mengorek rahsia.

Biarlah ada sifat malu dalam diri. Jatuh maruah diri bila kita buat macam tu. Adik lelaki aku sendiri pernah kutuk seorang rakan FB dia (juga merupakan rakan FB aku) yang selalu tulis status-status merendahkan nilai diri macam tu. Bayangkan itu adik lelaki aku yang berusia setahun jagung? Macam mana kalau lelaki matang yang baca? Apa anggapan dia?

Dia mungkin akan balas ayat yang sweet-sweet untuk kau baca, tapi dalam hati dia kau yang bukan-bukan. Kalau dia sekadar mengutuk kau sorang-sorang dalam hati takpe, habis kalau dia bukak mengutukforum dengan kawan-kawan dia?

Sama macam kes adik aku tu lah. Dia balas ayat manis-manis berbaur perli, tapi perempuan tu pula tak faham-faham maksud dia. Makin bertambah galak ada.

Kalau kau betul-betul berkeluh kesah dan nak mengadu pun, please mengadu direct pada Tuhan. Dia je yang boleh tolong kau. Manusia-manusia macam aku ni hanya boleh tengok. Oh, dan lagi.


Seperti yang aku pernah katakan, hidup ini bukan pasal nak cari boyfriend saje.

28 Kata semangat:

Nyamuk Terbang said...

satu lg
'hye awk..bleh tlg like gmbr nie x
bla bla bla'
pdahal sblm nie pnya lma jd friend xpnh pn tgur
ish2

Azlan Strider said...

kadang2 dorang memain jer tu..hehehe..tapi tatau laa kalo ade yang promote ngan penuh perasaan..hahah

Regards,
-Strider-

a said...

huhuhu..promote pon kena jaga2 gak..silap hari bulan naye kena stalker..huhuhu..mau smua gambar kita die ambik ape smua.. kawan biar berpada2..=)

Unknown said...

nk gtaw i single! <-- iklan kn dri kat cni bleh ta??? hehehee


thanx visit my blog :)

mimmarazaq said...

hahaha....... kalau yg ade bf? wihiiiii... i lap u bb

http://rosmimarazak.blogspot.com/2011/07/fantastic-moment-studio-yipiiiiiiii.html

ika said...

yup! org skang slalo salah guna FB...cam nak lempang laju2 je org yg ske kuar status mngarut2 n promote2 dri...:O

Surat Untuk Hujan. said...

Serius. Saya sangat-sangat setuju dengan entri ni. Hidup bukan sekadar mencari BF saje.

sabree hussin said...

ignore je kalau ada yang post macam tu.. dan kalau nak tegur sekali pun. tegus la pakai mesej.. tak payah nak tulis dekat wall kasi panjang, kasi hangat kan story

Unknown said...

Stuju. Sgt annoying dgn ayat "Orang macam aku ni siapalah yang sudi".

Tapi saya suka tulis & tag status "i lap u bb" mcm yg cikmima ckp. Incik F sy kata dia suka mcm tu sbb rasa lebih dihargai.

so..no komen.. hehe ^_^

Anonymous said...

kalau betul agak lah annoying kan, tapi kalau kena hack bapak lah kesiannye.. :P

btw itu boleh laa tahan kalau status paling kuat boleh hide.. kalau yang jenis kapel suka maen wallpost? loyaa i baca.. erkkk :|

Pia said...

"memang menyampah sangat org yg suka tulis status macam tu...ada tu yg suka bagitau semua apa saja luar dalam,semua nak tulis...hurmmmm.."

zareliqa afiqa said...

Setuju ngn Queen F...yg kapel2 nie ske tulis kat wall.wekkks! geli jek.Paling tak boleh blah ciap warning lagi," jgn ade sesape pun nak mgggatal ngn pkwe aku nih"...ish3~

aina ashaari said...

betul2..kadang2 suka promosi diri sangat...semua bajet artis..dunia betul

~syue syada~ said...

hehe..laki pon ada gak promote diri.. :)

♥nyeto89♥ said...

iklan kat blog je kat fb :)

nazira said...

Izin copy ayat awak yang "jangan terlalu mudah... bla.. bla.." 2.. nak share kat status FB.. hu3..

http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

Namee Roslan said...

em, kita manusia leka. saya pun tahun lepas baru active fb . so benda2 remeh byk yg sy leka dan tak sedar. contoh..gambar2..status yg jelak. bila dah lama2..rse menyampah dgn diri sendiri..start sy berbelog 6 bln lepas..sy dah tak layan fb sgt dah,

Unknown said...

maybe nak cari publisiti murah kot ? hee :D

Unknown said...

Tak suke betul tengok orang iklankan diri kat fesbuk ler , huhu:D

semutsengal said...

Plastik,

smpah paling banyak dekat dunia ;)

Still alive said...

desperate je org g2...
law nk jodoh..tgu je..
Allah da tetapkan jodoh masing2..
lmbt atau cepat
sume kerjaNya

Unknown said...

x salah nak rendah diri..tapi kalau selalu 2 memag promote diri lah..hihi..

Hizami Li said...

kan ?
kdg2 annoying jugak.
hehe.

tapi mungkin ada yang betol2 jujur nak cari pasangan hidup.
:)

aliah amirah said...

annoying gler orang camtu..heee~
desperate sangat..

Anonymous said...

ngee..janganlah nak cari perhatian sampai macam tu sekali..

anna said...

@AZTIQAH
ye..btl tue stju :)

said...

nice entry.setuju sangat :) tak perlu la let whole the world taw pasal kite kan..

Unknown said...

aku suke entry ni.. haha..

p/s: aku suke gak memain promote diri.. tp bkn cm kt atas tu la.. hehe :)