Masih Hangat

01 July 2011

Hidup Ini Bukan Pasal Nak Cari Boyfriend Saja

As Salam and Hello.


Pernah tak kau sampai pada satu fasa dalam hidup, di mana matlamat utama kau adalah untuk mendapatkan teman lelaki? Tak dapat tidak, mesti dapat. Pernah? Aku fikir, perempuan yang mencecah usia 25 tahun dan ke atas mesti ada yang pernah lalui keadaan macam ni. Terutama yang masih belum berteman. Tujuan utama adalah untuk mendapatkan calon suami, dan untuk mendapat calon suami mesti ada teman lelaki dulu.


Aku tahu bagi perempuan yang telah mencapai usia seperti itu, mesti berfikir tentang masa depan. Dan masa depan itu termasuklah sebuah keluarga. Suami dan anak-anak. Itu adalah fitrah, naluri setiap insan untuk berteman dan naluri seorang perempuan untuk menjadi ibu. Tak dinafikan naluri untuk menjadi seorang ibu itu memang kuat. Lebih-lebih lagi bila melihat perempuan lain mengendong anak kecil.


Aku tak salahkan sesiapa pun yang sedang dalam usaha untuk mendapatkan calon suami. Bagi yang tiada calon, mesti dah rasa risau sedikit sebanyak. Namun tak semua, ada yang lebih senang menyerahkan soal jodoh pada Tuhan. Ada yang lebih gembira hidup single. Ada yang lebih mementingkan kareer. Itu cara masing-masing. Namun seperti yang aku katakan, naluri manusia itu memang untuk berteman.




Walaubagaimanapun, dalam usaha kau untuk mencari calon, jangan lah sampai kelihatan begitu terdesak.Maksud aku, jangan terlalu kau menunjukkan kepada umum yang kau begitu teringin mempunyai teman lelaki. Sebagai contoh jangan menggunakan medium seperti Facebook, Twitter dan sebagainya.

Kau hanya akan malu sendiri. Seolah-olah kau me war-war kan ke serata alam yang kau masih tidak berteman lagi dan sedang dalam usaha memburu. Dan kau hanya akan menjadi mangsa umpatan atau bahan gosip.


Aku tengok ada sesetengah perempuan yang seperti kurang nilai diri nya dengan mengiklankan status diri. Ada juga yang tak habis-habis meratap keluh kesah sebab tak berjumpa lelaki idaman. Kebanyakan yang ditulis berbaur ke arah itu.

Pernah aku cakap dulu, jangan terlalu mudah kau membuka pekung bercerita di alam maya. Sebab yang memerhati dan memberi reaksi tu tak semestinya ikhlas hatinya. Ada yang hanya sekadar menjadikan itu sekadar bahan hiburan, ada juga manusia dengki yang mahu mengorek rahsia.


Jodoh itu dari Tuhan dan aku percaya kita juga perlu berusaha mencarinya. Tapi tak perlulah kau tumpukan hidup kau hanya pada itu. Hidup ni bukan pasal nak mencari teman lelaki sahaja. Sehingga ada banyak perkara yang kau abaikan. Keluarga, kerjaya, perhubungan sesama manusia. Lupa untuk menikmati hidup.


Kau hanya perlu percaya yang setiap makhuk di dunia ni dijadikan berpasangan. Lambat laun, kau akan bertemu jodoh juga. Tiada had umur dalam berkahwin, tiada istilah usia lanjut atau andartu. Bagi aku itu hanyalah terma yang dicipta masyarakat. Kalau kau terlalu mengikut kehendak masyarakat, hati kau yang menjeruk rasa. Bagi aku, berkahwinlah apabila kau betul-betul dah bersedia dan yakin. Bukan kerana terpaksa mengikut telunjuk orang dan takut dicemuh.


Life isn't all about getting a boyfriend. Ada banyak lagi yang perlu kau teroka dan belajar. Tak perlu terlalu memikirkan tentang itu. Tak perlu terlalu berkeluh kesah. Tiba masanya, jodoh kau sampai juga.

11 Kata semangat:

cikpuanWani said...

BetuL .. menyampah jugak biLa kadang kadang ada perempuan yang tuLis status menggeLikan .. uhh -___-

Miss Y and Her World said...

@cikpuanWani
itulah, sebab dah semak dengan status seumpamanya, maka timbul idea nak buat entry ni ;)

Nava Krishnan said...

Yep, if they come in the right form, then no need to have a boyfriend for the sake of and who will torture your life.

myra yusreena said...

yaaa!enjoy lyfe while we still hv tyme! ;DD xperlu bf2 neh..semak!

Anyyss Shuhaimi said...

betul2..jauh lagi perjalanan kita..

pandangkedepan said...

yupz...macam dah jadi trend lak promote diri dlam fb..aduyai dunia2...:P

Miss Y and Her World said...

@Nava Krishnan
yup. its not easy to just give your heart to someone else. unless you really have the faith on him, and you're ready yourself.

Miss Y and Her World said...

@myra yusreena
definitely !! unless you're ready and your heart said so. ;)

Miss Y and Her World said...

@Anyyss Shuhaimi
yup. tak perlu hanya tertumpu pada itu.

Miss Y and Her World said...

@pandangkedepan
begitulah. kurang sifat malu dalam diri (-_-)"

sabree hussin said...

they just being honest