Masih Hangat

04 July 2011

Menangis Di Atas Pelamin



As Salam and Hello.



Macam biasa, Sabtu yang lepas aku ke kenduri kahwin. Inilah masanya untuk bertemu saudara mara memenuhi undangan dan paling utama memenuhi perut. Pengantin perempuan tu pangkat anak buah aku. Usianya muda lagi, baru berumur 21 tahun dan masih belajar di IPTA tempatan. Tapi suaminya dah tamat pengajian, juga dari universiti yang sama.


Seperti biasa, selepas bersalaman dengan saudara mara yang kelihatan di mata, perkara pertama yang aku tuju adalah makanan. Aku memang stok yang takde rasa malu, nak-nak lagi kalau pasal makan.

Aku tinggalkan mak dengan adik aku yang dok lagi bertegur sapa beramah mesra. Bagi aku yang penting makan dulu, yang lain belakang cerita. Ambil nasi penuh satu pinggan, takde cover-cover punya. Lantaklah kan, janji aku kenyang. Hehehehe.


Sambil aku khusyuk mengadap makanan, adik dengan mak aku pun sampai. Lepas tu adik aku cakap 'Eh, cuba kau tengok Timah(bukan nama sebenar) tu. Dia menangis lah'. Aku pun straight pandang ke arah pengantin yang tengah bersanding di atas pelamin. Aah.




Pengantin perempuan dok menangis diiringi bunyi kompang. First time dalam sejarah hidup aku tengok pengantin menangis masa bersanding. Selalunya sengih-sengih jeling-jeling. Kalau nak menangis pun, masa nikah tu. Sebab sedih kot dah bukan dalam tanggungjawab mak ayah lagi. Agaknya lah. (Tunggu aku nikah sok, baru aku bagitau apa sebab aku nangis. Tu pun kalau aku menangis lah.)


Lepas tu aku pun cakap kat adik aku 'Alah. Takpelah, dia sedih tu. Lepas ni dah tak boleh rambu-ramba dengan kawan-kawan, tak boleh joli sana sini lagi. Banyak tanggungjawab dia. Suami, belajar, nak-nak kalau dapat anak.' Aku pun sebenarnya tak tahu apa dalam hati dia.


Kau tau adik aku cakap apa?

'Yelah. Kalau kau duduk atas pelamin nanti mesti tergelak-gelak terkinja kan. Sebab akhirnya kau kahwin jugak.'


Mampu? Aku rasa nak lesing je kepala dia time tu jugak. Tapi kang nampak tak sopan pulak.

7 Kata semangat:

Chempaka Sari said...

hehheh malu lah menangis atas pelamin..time akad nikah okay lah...

Asiah Termizi said...

first time jugak dengar. hehehe terharu la tu kot, dah jadi isteri orang. ngeee :D

Halimatun Sa'adiah said...

mse kecik2 dulu sy sungguh x phm nape pompuan harus menangis mse menikah...
mungkinkah sy pun akan menanges jgak??

Miss Y and Her World said...

@Chempaka Sari
ehehe. malu ek? mungkin adalah benda yang dia sedihkan tu. tapi pelik gak lah kan. selalu tengok pengantin nangis masa nikah je.

Miss Y and Her World said...

@Asiah Termizi
ye kot. memang sangat terharu agaknya ;)

Miss Y and Her World said...

@Halimatun Sa'adiah
rasanya sebab terharu kot. akhirnya bersatu sebagai suami isteri. aah tertanya-tanya jugak adakah akan menangis masa nikah nanti? jengjengjeng !! hehe ;)

Asyieq-iN Rkey said...

cam xrele je..huuhhuuh