Masih Hangat

13 July 2011

Kalau Tak Tengok Drama Korea Memang Tak Sah !

As Salam and Hello.


Khamis minggu lepas, aku TERtengok drama Korea yang bertajuk Personal Taste di 8TV. Alah yang pelakon lelaki dia Lee Min Ho yang jambu tu lah. Aku sebenarnya memang tak kenal mamat tu, sebab aku bukanlah fan drama Korea pun. Well sebenarya bukan tak fan, tapi dah lama tak tengok.


Cantik budak ni. Elok buatannya.


Jadi memang aku tak kenal lah siapa Lee Min Ho ni. Memang sangat outdated betul aku ni. Padahal mamat ni punyalah famous gila dalam drama Boys Over Flowers. Ok aku ada satu pengakuan yang menggemparkan. Sebenarnya aku tak pernah tengok lagi drama Boys Over Flowers yang dicanangkan ke serata alam akan ke-best-annya tu. Serius tak tipu. Tu sebab aku tak kenal dia.

Aku bukan tak suka tengok drama Korea, suka. Drama depa yang first buat aku tergila-gila ialah Full House. Tu pun aku tengok bukan atas inisiatif aku sendiri, tapi budak junior kat rumah aku dulu. Dia pasang CD, aku tumpang tengok. Sekali, ha!! Tak tidur kitorang semata-mata nak habiskan 22 CD dalam satu malam. Kau mampu? Penangan drama Korea. Tak boleh nak stop.

Drama Full House buat aku berangan-angan nak jadi cantik macam Song Hye Gyo tu dan tekel mamat mata sepet macam Rain. Bawak ke seminggu jugak la aku dok pulun tengok Full House berkali-kali tanpa jemu. Gila.


Macam ni lah rupa paras Song Hye Gyo. Perempuan yang bodoh-bodoh alang dalam Full House.


Drama kedua yang buat aku gila My Girl. Ok siapa yang tak tengok drama ni korang memang duduk zaman batu. Kikikikiki (sekarang dah boleh kata kat orang). Best gila oiii cerita ni. Aku bukan suka hero dia, tapi kawan baik hero tu, Seo Jeong Woo.


Korang selalu tengok drama Korea kat mana? Mysoju macam lembap sikit lah. Lambat loading. Maaduu ok gak lah. Disebabkan aku dah tertengok Personal Taste dan tak boleh tidur lena selagi tak tengok episod-episod yang sebelumnya, maka aku kena cari lah website yang best untuk memenuhi hajat aku tu.

Dan yeah!!! Aku dah berjumpa dengan tonton. Best weh. Dah lah laju je. Senang hati aku tengok drama. Takde aku buat dosa mulut menyumpah seranah sebab cerita lambat loading. Dulu aku pernah cerita pasal tonton ni masa demam Nora Elena. Aku tengok episod-episod yang terlepas kat sini lah. Banyak jasa tonton ni kat aku. Sekarang ni pun dia berjasa lagi.

Lepas ni boleh lah aku tengok drama Korea sampai lebam-lebam bijik mata. Banyak drama Korea kau boleh tengok kat sini.Salah satu nya Full House tu lah. Bolehlah aku berangan lagi nak kahwin mamat mata sepet.




Ohh bestnya. Kalau kau tak percaya, kau pergi tonton. Alah, bukan kena bayar pun. Percuma je. Tu pun kau tak nak?


Free je ha.


Kalau kau tak nak tak tau lah den nak cakap apa. Cerita Princess Hours tak nak tengok? Ishhh rugi.

7 Kata semangat:

Anum said...

kegemaran saya ..
wajib tgk kat tonton

myra yusreena said...

huhu..best an tgk dorang..aishh xtdo mlm pown takpe..hahaha..

ramalankajicuaca said...

best kan..hehe..=)

~syue syada~ said...

tengah gila mencari cite korea gak ni..hehe

KIM HYUN JOONG ! ^^

purpl3h0lic said...

jngn tertipu , orng jepun ngan korea uat plastic sejury sbb tu nmpak perfect je muke dorunk . hu2 . tapi mmg tak dinafikanla , mmg boleh cairkan hati bile usha lame2 . hu2 :)

purpl3h0lic said...

jngn tertipu , orng jepun ngan korea uat plastic sejury sbb tu nmpak perfect je muke dorunk . hu2 . tapi mmg tak dinafikanla , mmg boleh cairkan hati bile usha lame2 . hu2 :)

Lilynn Sazlin said...

datang utk bg link lagi. heehehe
http://belogcintasaya.blogspot.com/2011/07/part-i-pena-itu-tips-cinta-dongeng-duss.html