Masih Hangat

12 July 2011

Bila Perempuan Dah Hilang Minat Pada Kau

As Salam and Hello.


Selalunya orang perempuan yang lebih banyak rasa takut kalau-kalau pasangannya dah mula hilang minat pada dia. Sebab orang kata perempuan ni sayang pasangan dia lebih dari orang lelaki sayang pasangannya.

Tapi orang lelaki kena tahu, jangan mudah perasan sangat atau terlalu asyik sangat dalam bercinta sampai tak sedar yang pasangan kau tu langsung tak rasa bahagia dalam perhubungan korang. Tak enjoy pun relationship yang dibina. Orang kata dah takde spark lagi.

Memang betul, sekali perempuan dah jatuh cinta dengan kau, kau adalah orang yang paling beruntung sekali dalam dunia ni sebab dia sanggup berkorban apa saja untuk kau. Tapi bila dia dah hilang rasa cinta atau minat pada kau, kau mungkin tak boleh nak buat apa lagi untuk pastikan dia kekal di sisi kau.




Kau kena alert dengan tanda-tanda yang menujukkan kemungkinan dia dah hilang minat pada kau. Lepas tu pandai-pandailah nak hidup.


1) Mengelakkan diri dari berjumpa dengan kau. Ada dia bagi alasan-alasan bodoh sebab tak jumpa kau? Tak balas phone call/SMS? Berusaha sedaya upaya untuk tak terserempak dengan kau? Jika jawapan pada salah satunya Ya, maka ada kemungkinan kau bukanlah orang yang istimewa untuk dia lagi.

2) Memilih yang lain selain kau. Bila dia dah hilang minat pada kau, maka spend masa bersama kau dah tak lagi mengujakan. Dia lebih senang memilih yang lain. Macam lagi best main dengan kucing dia atau keluar hang out dengan kawan-kawan dia. Jadi kalau dia bersikap begini, itu menunjukkan kau memang dalam masalah.

3) Perubahan sikap yang tak dijangka secara tiba-tiba. Bila kau rasa kau macam orang asing bila bersama dia, atau dia melayan kau seolah-olah hanya sebab simpati dan bukannya cinta.

4) Berasa jengkel dengan setiap perkara yang kau lakukan. Apa yang kau buat semua serba tak kena di mata dia. Mungkin sebab dia dah tak cinta kau lagi, jadi untuk sembunyikan perasaan bersalah dia tu, dia cuba mencari salah kau. Itu memudahkan dia mencari point untuk minta putus.

5) Mengelakkan sebarang bentuk kemesraan/keintiman. Bukan intim ehem-ehem ya. Maksud nya di sini dia tak nak lagi berdating dengan kau, bila jumpa pun duduk sebatu atau tolak kau jauh-jauh. Tak lagi berkongsi rahsia atau masalah bersama. Ini menandakan yang dia sudah tak selesa bersama kau.

6) Berlaku curang pada kau. Kenapa dia curang? Sebab dia dah takda hati dengan kau lagi. Simple. Jadi lebih bagus kalau kau yang say bye-bye.

7) Tidak berbicara tentang masa depan dengan kau. Kau pun tahu kan bila perempuan tu sukakan kau, dia akan mula merancang masa depan bersama kau. Nak berapa orang anak, kereta berapa bijik, rumah besar mana. Jika dia sedang menimbangkan untuk memutuskan hubungan dengan kau, dia akan mengelak untuk berbincang soal masa depan. Tak guna bercakap tentang sesuatu yang tak mungkin terjadi. Betul tak?

8) Lebih banyak berbicara tentang persahabatan berbanding cinta. Jika dia memang ada rancangan untuk putus dengan kau tak berapa lama lagi, dia kan mula bercakap tentang kesan-kesan positif apabila berlaku perpisahan. Dia buat macam tu supaya kau dapat bersiap sedia dengan apa yang bakal berlaku di masa depan.

9) Dia kelihatan tak selesa untuk dedahkan hubungan kau berdua kepada orang ramai. Dia elakkan untuk merujuk kau sebagai boyfriend dia pada orang yang baru dikenali. Malah mungkin dia akan mengatakan bahawa kau hanya kawan. Dia juga taknak mengaku di khalayak ramai yang kau ni boyfriend dia.

10) Merancang untuk keluar tanpa kau. Kalau sebelum ni dia suka kau ikut bontot dia ke hulu ke hilir, sekarang kalau boleh dia tak nak kau ada bersama. Ini menunjukkan dia mahu kan ruang tanpa kau di sisi. Dia juga lebih suka merancang untuk keluar dengan kawan-kawan dia dan ini jelas membuktikan bahawa dia lebih enjoy bersama orang lain berbanding kau.



Semua hubungan akan melalui pasang surut. Malah ada kalanya hubungan yang kuat pun akan hilang momentumnya juga. Kalau kau nak hubungan tu berjaya, please work really hard on it dan jangan harapkan usaha dari sebelah pihak saje. Itu sebab orang perempuan jadi cepat letih untuk mempertahankan cinta. Remember, it takes TWO to tango.



Berusahalah !!!

11 Kata semangat:

Ahmad sharulnIezam said...

setuju dgn entry ni.. dah ader pengalaman mcm nie.. huhu..

Unknown said...

aiyooo...yang last picture tu nak nangis atok...

Unknown said...

xleh byg la kalo pmpn yg curg ngn laki T.T

Orang Kampung said...

setuju..
slmt awek aku mmhami aku.. hihi

Arissha Sofea said...

betul tu..lelaki jangan lah asyik salahkn perempuan jer..cuba muhasabah diri sendiri kenapa wujudnya mslh dlm perhubungan..

= d = said...

yup..
lau da cakap sal persahabatan dr cinta..
n da x bebual sal future lagi..
nampak sgt la si girl tu..
da xde perasaan kat laki tu..

Puan Kutu said...

toleransi kedua2 pihak penting.jgn pandai nk tuding jari kt perempuan atau lelaki.klu cuba terlalu kuat pun kita akan kalah..so just enjoy d relationship..klu dh takde jodoh nk buat cmna..jodoh ditangan Allah what.hehe..

D'ya Marshmello said...

D'ya setuju sebab D'ya rasa benda yang sama.Kadang-kadang Lelaki tak sedar yang dirinya menyakiti hati pasangannya.begitulah sebaliknya.

Lilynn said...

no.9 tu setuju. :)

Anonymous said...

kadang2 lelaki..tak abes2 lelaki salah..aku ni dah letih gila pertahankan sorg diri..smpaikan aku sakit nak mati aku pertahankan..tp ape yg dia buat kt aku, sume ade kt tiap2 point tu..aku punya baik,setia,jujur,caring..pedihnya tak terkata bila korg msg tak reply, call tak angkat..bila tnya senyap xnak jawab..ape ni

WELCOME 2 MY WORLD said...

Kalo asyik lelaki je yang salah x yah la couple...kalo x tau nak timbang rasa sampai bila pun x kan jumpa yg sesuai...jadi tlg fahami teman anda walau sakit mana pun kita selagi mampu bertahan teruskanlah..(apalah aku merepek ni :-P )