Masih Hangat

11 July 2011

Kenapalah Lelaki Tu Tak Telefon Aku?



As Salam and Hello.


Ada sesetengah perempuan yang tertanya-tanya kenapakah selepas keluar dating atau spend time dengan seseorang lelaki yang disukainya, lelaki itu tak menghubunginya semula? Apa yang tak kena? Adakah aku dah buat salah? Aku bukan taste dia? Pelbagai soalan yang muncul dalam kotak fikiran. Kennapa kenapa kenapa !!!! Dan pastilah kau akan ternanti-nanti panggilannya. Selagi dia tak call, kau tak senang duduk.


Dah beruban kome menunggunya, idok juge dia telefon.


Jadi mari aku beritahu sama kau kemungkinan-kemungkinan kenapa lelaki tu tak pernah hubungi kau, walaupun kau rasa yang kau berdua adalah serasi bersama dan kau rasa dia juga meminati kau.


1) Dia cuma nak luangkan masa dengan kau. Ya, bahasa lebih kejamnya dia cuma gunakan kau untuk melepaskan boring dan memenuhi masa lapangnya. Bila dia dah ada kerja dan sibuk, belum tentu dia akan teringat pada kau. Masalahnya, ramai perempuan salah anggap bila lelaki tu luangkan masa dengannya, maka dia telah jatuh hati. Itu adalah tanggapan yang salah. Jangan pernah berfikir macam ni. Adakah apabila dia menghabiskan masa bersama seorang nenek tua, maka dia juga telah jatuh hati pada nenek tua itu? Tidak kan. (kes Nek Wok terkecuali). Lagi satu, apabila lelaki tu SMS, YM atau Facebooking dengan kau, itu juga tidak bermakna dia mahu mengorat kau. Mungkin dia sekadar suka-suka je. Oleh itu perempuanku, jangan mudah perasan. Untuk kebaikan kau juga. Adakalanya lebih baik melupakan dari terus menanti.


2) Dia saje nak tunjuk cool dan macho. Mungkinmemang dia sukakan kau, tapi nak jaga imej tak nak nampak terhegeh-hegeh. Imej jantan macho harus dipelihara. Jangan risau, kalau dia betul-betul sukakan kau, dia tetap akan telefon kau. Kau cuma perlu bersabar saje. Jangan kau pula yang tergesa-gesa telefon dia. Itu adalah salah satu kesilapan utama yang dilakukan perempuan terhadap pasangannya.


3) Dia memang tidak berminat pada kau. Mungkin dia keluar dengan kau pada mulanya untuk mengenali peribadi kau dengan lebih mendalam. Dan apabila dia merasakan bahawa kau tidak menepati citarasanya, maka dia tidak akan menghubungi kau lagi. Buat apa nak membazir masa pada orang yang dia tak minat, katanya. Hoiii lelaki! Tak baiklah buat macam ni. Kalau ya pun kau tak minat dia nak buat girlfriend, jadikan lah dia kawan. Tambah kawan apa salahnya. Terguris tau hati dia kau buat macam tu. Nak-nak secara mendadak pula tu. (Lelaki yang baca ni please take note). Tapi aku pasti mereka akan memberikan alasan seperti ''tidak mahu memberi harapan''.


4) Dia dah hilangkan nombor telefon kau. Walaupun alasan ni lebih menjurus ke arah No. 1 dan No. 3 tadi, tapi mungkin betul juga kalau dia betul-betul hilang nombor kau. Mungkin handphone dia kena bawa lari anjing atau masuk dalam lubang jamban. Siapa tahu, kan? Jadi mungkin lah kau kena mainkan sikit peranan di sini. Cuba telefon dia sekali (sekali je) dan tanya apa-apa yang berkaitan. Kalau lepas kau dah bagi semula nombor pada dia dan dia masih tidak menghubungi kau, maka lupakan saje lah. Itu menunjukkan bahawa teori no. 1 dan no. 3 tadi telah terbukti.


5) Dia tidak berlaku jujur dengan sepenuhnya pada kau. Mungkin dia ada menyembunyikan sesuatu dari kau, satu rahsia yang tak mahu diketahui oleh kau. Bila kau ada dengan dia, dia akan meluangkan masa dengan kau. Tapi bila kau jauh, ha dia buat benda lain pula. Jadi kau patut berhati-hati dengan lelaki jenis macam ni. Beware.



Pada aku lah, kalau lelaki tu betul-betul ada hati pada kau, dia tetap akan cari jalan untuk menghubungi kau walaupun handphone dia kena bawa lari anjing atau termasuk dalam lubang jamban. Malah jika terpaksa meredah lautan api pun akan dia harungi jua. Kalau dia betul-betul berminat lah.

If someone wants to be a part of your life, they'll make an effort to be in it. So don't bother reserving a space in your heart for someone who doesn't make an effort to stay.


Renung-renungkan.


(Telefon berbunyi ring ring ring. Ku angkat ku tanya siapa. Ok melawak.)


6 Kata semangat:

Unknown said...

betul tu..huhu

ErnieFaizal Siti said...

haha..betul sgt..pernah alami sekali..bila jumpa yg second time,sy lebih open dan tak tertunggu2..but we still keep in touch..and now,for the third one,i langsung tak nak jumpa..hahahaha..

mana korang menghilang??

ILA HonEyBuNNy said...

hehe...

setuju jugak dengan entry neh...;-)

Ainsha said...

stuju fkta yg prtama..

Yuyu said...

sangat setuju!

Ukhtifarhana said...

setuju sgt dengan entry ni..bf sy yg sekarang ni jarang2 call sy,tpi saya xambil hati pun..sbb kalau dia call pun,kami smpai dah xtahu nak sembang ape..last2 dua2 senyap di ujung talian..saye sndiri pun xcall dia..ngahahahha..bkn xsyg, tp xnak dah terlalu mgharap...=)