Masih Hangat

19 June 2011

Kisah Aku Dan Beruk



As Salam and Hello.


Aku ada satu kisah. Ini kisah aku dan broadband.

Kamu ada broadband? Aku ada. Aah, macam aku sorang je yang ada. Bukan apa, aku ambil broadband ni supaya senang aku nak ber online. Main tenet. Betul, tajuk dia aku memang takde kerja.


Tapi broadband aku ni selalu buat hal. Aku pakai line *Celsom. Sebab tu aku panggil dia berukband. Lembap boleh tahan. Kang kejap-kejap dia cakap 'no service'. Mana aku tak angin. Kau tengok!! Time aku tengah taip entry ni pun dia DC.



Beruk kalau senyum, kadang-kadang nampak comel juga.


Yang buat aku bengang, hari tu dia buat hal. Modem tak boleh detect. Asyik 'no device, no device' kata dia. Aku pun cabut, masuk balik. Cabut, masuk balik. Macam tu juga. Aku dah rasa angin kus kus naik satu badan.


Malamnya, aku bawa modem tu pergi kat booth yang aku beli berukband ni. Boleh pulak dia suruh aku datang esoknya, bawa laptop sekali. Eh? Ini dah lebih ni. Aku tanya kenapa pulak aku yang kena bawak laptop aku. Korang takde PC sendiri ke?


Dia jawab 'PC kitorang rosak lah kak. Tengah hantar repair. Esok lah kak ya, akak datang. Bawa laptop sekali.' Sambil buat muka sengih-sengih dia. Dalam hati aku cakap patut ke tak aku hempuk kepala dia?


Aku tanya, ni kalau dah betul betul rosak ni korang boleh ganti tak? Dia jawab boleh. Aku rasa cool sikit.


Dalam hati, wah boleh dapat yang baru !!. Tapi aku maintain buat muka kejang depan diorang. Ye lah kang diorang ingat memang aku dah rosakkan lepas tu nak minta ganti yang baru pulak.

Aku pun komplen lah cakap dah selalu jadi macam ni. Banyak gak lah aku komplen. Sambil buat muka tak puas hati. Tapi aku tak datang pun esok tu. Malas aku nak mengangkut laptop. Tapi aku pergi the next day nya. With no laptop.


Aku sampai-sampai je (dengan muka kejang), terus dia keluarkan modem yang baru, masukkan sim card aku dari modem yang lama then bagi kat aku. Aku tanya. Eh, ni yang baru ni memang boleh dapat terus ke apa? Takyah nak check check yang rosak ni dulu?

Oh. Rupanya PC dia takde lagi. So dia bagi je lah aku yang baru terus. Wah. Hebat. Dalam hati aku cakap mungkin muka kejang aku memang berkesan.

Tapi kan. Aku rasa dia rosak pun mungkin sebab aku pakai ganas sikit kot. Tapi masih nak salahkan diorang punya produk tak elok. Takpe asal dapat ganti yang baru. Haha ada sikit syaitan di situ.


Ada satu hari, dia buat hal lagi. Aku dail-dail tak boleh. Banyak kali. Memang time tu rasa macam nak run amok je.


Tapi !!


Tiba tiba aku teringat. Eh? Kenapa aku rasa selama aku pakai benda alah ni, aku tak pernah pun bayar bil dia?


Ok.

Sekarang ni siapa yang beruk?

5 Kata semangat:

NURUL NADIAH MAMAT said...

ahaha...bahaya betul soalan last tue...addoi.....

Miss Y and Her World said...

ahahaha. tu nama nya mengutuk diri sendiri ;)

manis said...

kita pakai beruk yang sama. hehhee
ok sangat lembab. kadang2 geram je. lagi2 tengah nak blogwalking adoii.

Miss Y and Her World said...

kan? lembap betul celsom(bukan nama sebenar) ni.

Xavi De said...

haha...no komen la sape yg beruk...
naseb tempt tu xde kmpter lg...
lau dia cek, lagi malussss...:p