Masih Hangat

28 June 2011

Hati Yang Sempurna

As Salam and Hello.


Aku suka baca status Facebook orang. Ada yang buat kita berfikir, meloya tak pun gelak sorang-sorang. Nampak sangat aku takde kerja kan?


Tapi ada sesetengahnya yang aku rasa sangat dipengaruhi emosi dan membuat hati aku rasa keberatan nak baca, atau pun perkara sama yang asyik berulang-ulang contohnya macam dikecewakan cinta, sampaikan aku naik jelak. Maka aku hide saje orang tu dari
News Feed aku.


Bagi aku, adalah lebih baik kau beri quote dari mana-mana tokoh atau pun mutiara kata yang sekurang-kurangnya dapat membuat orang
berfikir walaupun sekejap. Kau pun tahu kan apa yang kita tulis boleh melambangkan tahap pemikiran kita?


Ada status-status yang menceritakan tentang kekecewaan/kesakitan yang dialami (kebanyakannya pasal cinta ni) dan meminta Tuhan memberikan
pembalasan ke atas orang yang telah mengecewakan dia.


Apa pun, memanglah itu akaun Facebook kau dan suka hati kau lah nak tulis status apa pun, sebab aku pun takde hak nak melarang. Jadi yang boleh aku buat cumalah sekadar hide kau. Tapi kau tau tak apa yang kau tulis tu kadang-kadang boleh mempengaruhi fikiran sesetengah orang dan emo kau yang macam meroyan tu boleh bawak mendung?


Dari sudut lain,


Aku fikir tak perlu minta Tuhan untuk memberi balasan kepada orang yang telah menyakiti kau. Sebab dah tentu
Tuhan tahu apa yang perlu Dia lakukan.


Untuk kau meminta supaya dia merasa sakit seperti yang kau rasa atau mendapat pembalasan setimpal dengan apa yang telah dia lakukan terhadap kau, itu seolah-olah menunjukkan yang kau menyimpan
dendam.


Dan lagi. Itu hanya akan membuat kau menanti-nanti dan tak sabar untuk melihat supaya dia jatuh, merasa sakit atau mendapat
pembalasan. Mesti setiap hari kau tertunggu-tunggu kan nak tahu apa jadi pada dia. Mungkin setiap hari pun kau akan ikut perkembangan dia. Tapi hei, penantian tu satu penyeksaan kan? So apa kata kau belajar untuk let go je?


Kemaafan dendam yang terindah.


Berdoa semoga dia akan diberikan petunjuk oleh Tuhan. Tidak perlu mengharap dia merasa sakit. Sedangkan kau pun dah merasa sakitnya macam mana. Tentu tak sanggup melihat orang lain mengalami apa yang kau rasakan, walaupun musuh sendiri. Aku percaya hati kita ada rasa simpati, walaupun untuk orang yang dibenci.


Aku fikir cuma satu. Tuhan itu Maha Adil. Maka cukuplah dengan hanya berpegang pada itu.


To love without condition,
To talk without intention,
To give without reason,
And to care without expectation,
Is the heart of a TRUE.



Aku sendiri masih sangat jauh dari sempurna. Dan tak mungkin sempurna.



p/s: stail cakap dah macam ustazah. mintak maaf lah ye.

2 Kata semangat:

Anastasia said...

Habit kita sama. suka hide org punye post. cakap jer kat dorang yg putus cinta tu "sesuatu yang kita suka tak semestinya untuk kita dan sesuatu yang kita tak suka tak semestinya bukan hak kita." hehehee..! saya pon suka post megarut kat fb. kekeke..!

Miss Y and Her World said...

@Anastasia
wah, ayat yang best tu. mengarut yang best takpe, ini yang meroyan tak tentu hala. semak. hide je.