Masih Hangat

14 June 2011

Kenapa Aku Gagap?



As Salam and Hello.


Korang tau gagap tu apa kan?
GAGAP atau Distrimia Gagap adalah gejala biasa dalam masyarakat. Boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina, umur dan bangsa. Walaupun lumrah, gejala gagap jarang diberi perhatian oleh masyarakat. Masyarakat menerimanya sebagai takdir tanpa cuba untuk mencari punca dan cara mengatasinya.

atau

GAGAP atau Distrimia Kamus Dewan Gagap didefinisikan sebagai tertahan-tahan atau terhenti-henti apabila bercakap. Menurut APA (2003) Gagap ialah gangguan kepada kelancaran pertuturan. Menurut Hasnah Udin (1988) Gagap ialah penyebutan sesuatu perkataan berulang ulang, terhenti-henti, dan diikuti oleh ketegangan otot tekak dan tulang dada

Kita semua tau gagap tu apa. Tapi tau tak apa punca-punca seseorang tu jadi gagap? Sebenarnya sebab gagap ni terjadi masih tak diketahui lagi. Macam yangdi bold kan dalam ayat kat atas tu, masyarakat kita ni cuma anggap benda tu macam "benda dah jadi, nak buat macam mana? pasrah jelah".




Orang dulu-dulu kabor kalau bagi anak kecil makan pulut, dia boleh jadi gagap. Betul ke? Aku pun cuba menganalisa. Setelah beberapa minit berfikir dengan berhempas pulas, baru aku dapat hubung kait kan gagap ni dengan pulut.


Yelah, cuba korang fikir. Pulut tu kan melekit. So bila budak kecik makan, dia melekit-lekit dalam mulut, susah lah nak bercakap. Entah lah, aku pun tak teori ni betul ke tak.


Tapi kawan-kawan, anda takkan dapat mencari punca kenapa anda gagap dalam blog ni. Ini bukanlah tempatnya. Minta maaf ya, aku bukan pakar.


Klik pada imej untuk paparan lebih besar.


Tapi mungkin anda boleh dapatkan penyelesaian yang anda mahu di sini.

Di blog ni cuma ada cerita pasal Seth Tan yang gagap saje. Hehe. Oh dan lagi, aku pun tak pasti kalau Yvonne letak seluar dalam dalam kereta Seth, sebab pada anggapan aku dia letak kondom. Kita tunggu jelah sambungan nya esok ya.


p/s: Aku tak gagap.


0 Kata semangat: