Masih Hangat

12 June 2011

Mr. Perfect Does Not Exist!



As Salam and Hello.


A very nice Sunday. Tapi aku tak keluar pun. This week habiskan masa di rumah. Tak semestinya setiap kali weekend kita kena habiskan masa di luar kan? Tak diwajibkan pun ;). There's no wrong kalau kita luangkan sedikit masa untuk orang-orang yang kita sayang, yang mungkin selama ni kita abaikan tanpa kita sedar. Yelah, akibat kekangan kerja atau masa. Catch up balik apa yang kita tertinggal dengan mereka. Saling mengambil tahu ;)


Ok. Hari ni aku nak bercakap pasal lelaki idaman. Dan lelaki yang menjadi idaman setiap perempuan tu haruslah yang sempurna dari segala segi. Lelaki patut tahu yang imaginasi perempuan ni sangatlah tinggi. Jadi korang takkan dapat bayangkan tahap kesempurnaan yang macam mana yang mereka nak. Hihihi. Kesian korang kan? Pening sendiri.





Well, entry ni bukan nak ajar lelaki macam mana cara nak jadi Mr. Perfect macam Seth Tan. Tapi nak bagitahu kat kaum perempuan bahawa Mr. Perfect yang kita dambakan sebenarnya tak wujud. Memang tak wujud. Mana ada manusia sempurna dalam dunia ni. Takde lelaki yang sempurna, takde perempuan yang sempurna. Itulah sebab utama Tuhan jadikan kita berpasangan, untuk saling memenuhi kekurangan dan melengkapi ketidaksempurnaan.


Mungkin korang akan jumpa ciri-ciri fizikal dia memang dah tepat dah macam dalam imaginasi, tapi alamak cara dia makan pulak bikin spoil. Atau mungkin semua dah perfect tapi aduhaiii suara tak cukup jantan macam M. Nasir. Mungkin dia pandai nyanyi tapi alamak dia tak pandai main guitar ah. Dia seorang yang beragama tapi slack nya dia bukan Al-Hafiz la. Hmm macam-macam kayu ukur yang kita buat.


Tak kira lelaki ataupun perempuan, kita dijadikan manusia yang ada kekurangan dan kelebihannya. Dan fitrah keduanya adalah untuk saling melengkapi. Kalau dia tidak sempurna di situ, kita lah yang melengkapkannya. Dan jika kita kekurangan di sini, dia pula lah yang memenuhi kekurangan itu. Wonderful kan? Tuhan jadikan kita masing-masing ada peranan dan fungsinya.


Habis, kalau dah semua pun dia terer, buat apalah lagi dia perlukan kita di sisi nya ye tak? Seharusnya kita bersyukur yang si dia yang kita mahu atau jumpa itu bukanlah lelaki yang sempurna.


Dan ketahuilah, walaupun cara dia sayang dan layan kita tak macam lelaki dambaan pilu yang diidamkan, tak semestinya dia tak sayang kita. Yelah dalam imaginasi kita, dia dok layan kita macam puteri raja. Romantis, penyayang, lemah lembut, tough. Alah contoh paling senang macam Seth Tan layan Nora Elena lah. (inilah keburukannya apabila mudah terpengaruh dengan drama TV).

Just because someone doesn't love you the way you want them to, doesn't mean they don't love you with all they have.

Nampak tak? Semua orang ada cara nya sendiri. Kita pun kalau buat kerja ikut kepala sendiri. Macam tu jugak lah lelaki. Dan kita kena paham, lelaki ni bukanlah makhluk yang senang nak express perasaan dia. Mungkin dia tunjukkan melalui perbuatan. Kita kena pahamlah tebiat dia macam mana.

Jika kau tak memiliki apa yang kau sukai, sukailah apa yang kau miliki saat ini. Sempurna nya seseorang itu adalah apabila kita tahu cara untuk menghargainya.

Mungkin kita kena belajar bersyukur dengan apa yang diberikan Tuhan pada kita. Opps. Bukan mungkin. Tapi memang. Harus. Asalkan lelaki tu memang sayangkan kita, menghargai dan menghormati kita sebagai seorang perempuan, mampu menjaga kita dengan sebaiknya, taat pada perintah Tuhan, bukan kah itu dah cukup bagus?

Kita tidak mencari kesempurnaan seseorang tetapi kita menyempurnakan seseorang itu dengan kemurnian hatinya.

Jadi, terimalah lelakimu dengan seadanya.



Terlampau obses sangat mencari yang sempurna, nanti lanjut usia pula. Sebelum mencari yang sempurna, renung-renungkan diri sendiri dulu. Selamat beramal ;)


p/s: eh btw jom layan video ni. aku baru je jumpa tadi masa nak cari imej lelaki sempurna. Song by Gita Gutawa. Layankan aje.


3 Kata semangat:

NURUL NADIAH MAMAT said...

nice entry.....like...

Miss Y and Her World said...

thank you ;)

ken said...

true.. there is nobody that perfect in the world, unfortunately :)