Masih Hangat

18 June 2011

Seputih Hati Ayah

As Salam and Hello.



Setiap hari sebelum aku pergi kerja, ayah mesti stand by luar rumah. Sebelum masuk kereta, ayah pesan. Bawak kereta elok-elok, jangan laju-laju. Bila nak start engine, ayah cakap start lama sikit. Bagi dia panas. Lepas tu ayah start bukak teori mekanikal dia. Bila nak gerak nak reverse, ayah jaga belakang. Ok. Bila boleh pusing, ayah tunjuk signal pusing guna tangan.




Bila balik kerja, ayah dah ada kat luar. Tunggu. Bila nak parking, ayah tolong jaga. Kalau kena masuk kereta ke depan lagi, ayah cakap depan sikit. Ha sampai kat tiang ni baru boleh stop. Kadang kadang rasa nak gelak. Sebab ayah dah jadi macam penjaga parking. Opps.


Malam malam, kalau terjaga sebab banyak nyamuk, cari ridsect kat luar. Ayah mesti bangun jugak. Tanya cari apa. Tolong cari sekali. Lepas ambil ridsect, ayah pesan, sembur kat celah celah almari sebab nyamuk banyak menyorok kat situ. Ayah pesan suruh tutup tingkap, nanti nyamuk masuk. Kalau sejuk ke hari hujan ke ayah pesan tutup telinga. Selimut leher. Sebelum tidur suruh baca ayat Qursi, Al- Fatihah dengan 3 Qul.


Kadang kadang kalau ayah beli sarapan kat luar, mesti tanya nak makan apa. Nak nasi lemak ke mee ke roti canai. Setiap kali sebelum ayah makan, mesti ayah tanya aku dah makan ke belum. Lepas tu baru dia makan. Tapi aku bila tengah makan, nampak ayah baru nak tanya ayah dah makan ke belum. Teruk betul.


Setiap kali nak keluar, ayah tanya nak pergi mana. Pesan jaga diri elok-elok. Bawak kereta elok-elok. Walaupun anak dia ni keluar tengah malam. Ayah cool. Mesti sebab dia faham anak dia tak kan buat perkara tak baik kan. Ceh. Ke sebab taknak anak dia ni muka masam. Aku kan pemberontak.


Ayah selalu ingatkan macam-macam. Ayah dah jadi reminder. Bila lesen ni mati, bila kereta nak kena service, bila nak kena renew road tax. Semua tarikh yang penting ayah bulatkan dalam kalendar dia.


Bila naik kereta dengan ayah, ayah cakap bawak slow. Jangan laju-laju. Kalau boleh limit 80 km/j je. (tapi dia tak tau selalu aku bawak macam hantu). Lagi satu kat trafik light kena slow. Biar kita boleh stand by. Bila ada trafik light kat depan, ayah dah sound awal awal. Walaupun dia tau anak dia ni mata besar tak rabun.

Bila lampu merah, ayah cakap ' ha lampu merah. Mesti berhenti'. Bila lampu hijau ayah cakap 'ok dah boleh jalan'. Bila lampu kuning aku pecut bagi laju ayah cakap 'tak boleh buat macam tu. Lampu kuning kena standby nak berhenti'. Kadang kadang tension jugak. Sebab rasa macam nak ambil driving licence. Tapi diam je.


Ayah banyak sangat pesanan. Setiap hari. Kadang-kadang ulang perkara yang sama. Macam mana nak buat itu. Macam mana nak buat ini. Kalau jadi macam ni nak kena buat apa, jadi macam tu nak buat apa.


Ayah boleh jadi macam-macam untuk aku. Dari penjaga parking, jadi cikgu driving, secretary, penjaga surat, reminder. Semua ayah boleh buat. My ayah is my everything. My all. Dia wira aku. Setiap kali aku perlu sesuatu, mesti dia ada.

Tapi aku tak pernah suruh ayah berhenti dari pesan aku macam-macam atau buat kan macam-macam untuk aku. Walaupun semua pesanan dia tu dah terlekat dalam kepala otak aku atau semua perkara yang dia buat tu aku boleh buat sendiri. Sebagai contoh macam jadi penjaga parking tu la. (Walaupun kadang kadang aku rasa rimas dan rasa macam budak kecil).

Sebab aku tahu semua itu adalah benda yang akan aku rindu kalau ditakdirkan dia sudah tiada lagi untuk aku. Semua yang dia buat untuk aku. Mesti aku rindu. Siapa yang boleh ganti? Tak ada.


Dia yang sentiasa ada.


Aku percaya, ayah setiap orang pun mesti macam ayah aku. Yang risaukan anak dia, yang pesan macam macam. Yang sanggup berkorban apa saja.


Tapi berapa ramai yang ada ayah yang akan lambai bye-bye pada kamu setiap pagi sebelum pergi kerja?Aku adalah antara yang bertuah itu. *Senyum*.


Kadang kadang aku tertanya. Ayah boleh jadi dan buat semuanya untuk aku. Tapi apa yang boleh aku buat untuk ayah? Hanyalah seorang anak yang degil dan kuat melawan. Sigh~


Seputih hati ayah. Manakan lagi dapat aku cari hati yang sesuci itu?

2 Kata semangat:

[sutera kasih] said...

tiada apa yg dpt menggantikan ayah kita..

Miss Y and Her World said...

betul. takut bila memikirkan kemungkinan bila dia tiada lagi. :(