Masih Hangat

20 June 2011

Teka-teki Dari Cikgu



As Salam and Hello.


Masa Tingkatan 3 atau 2, aku kurang pasti. Tapi rasanya Tingkatan 3.


Cikgu Bahasa Melayu bagi teka-teki. Selingan. Tak nak bagi kami bosan sewaktu pembelajaran agaknya.





Teka teki nya berbunyi begini,

Dalam banyak banyak buah, buah apa yang tak jatuh ke atas, tak jatuh ke bawah, tapi jatuh di tengah-tengah?

Takde siapa pun jawab. Tapi budak lelaki dah tersengih-sengih, budak perempuan pula tersipu-sipu. Malu lah konon. Padahal dalam hati dah tak tahan nak gelak.


Faham agaknya yang teka-teki dia dah disalah ertikan oleh pelajar-pelajar yang tidak lagi berfikiran suci, beliau sendiri yang jawab balik teka teki tu.

Jawapannya, buah hati lah.

Budak-budak semua bantai gelak. Lega. Lama dok menahan. Beliau pulak tersengih tersipu. Silap langkah tanya soalan macam tu kat budak-budak yang tengah naik.


Kenangan. Kadang kadang manis juga bila teringat.

7 Kata semangat:

el-janna said...

o....hehe.
saye pun ade teka teki macam tu^^ tapi jawapannye lain

banyak banyak buah buah ape yang masak xjatuh kebawah. die masak pun kat tempat yg same jugak. statik^^

Miss Y and Her World said...

errrr. apa jawapannya? boleh bagitau? hehehe ;)

Diary oF Mine said...

eehehe... xtau lak jwpn dia tu... ahaha... :D
sempoi ar teka teki tu... :D

Miss Y and Her World said...

sama lah. kitorang semua dah pikir ke laut dah. almaklum lah otak masing-masing senget. hahahaa ;)

sue perbs.. said...

budak2 skarang slalu pikir ke lain.. hehe..

Miss Y and Her World said...

ehehehe. sekarang tak budak-budak lagi. tu cerita 12 tahun dulu. kikikiki ;)

Azham Vosovic said...

hehe, serba salah jadinya....