Masih Hangat

16 June 2011

Kawan Baik dan Kekasihku

As Salam and Hello.


Suatu ketika dahulu (padahal baru semalam je), seorang rakan sepejabat aku datang menghadap. Katanya nak mengadu masalah pada aku. Aku pun hairan, macam mana dia boleh menyangka aku ni mampu untuk meringankan sedikit sebanyak masalah dia, sedangkan jelas-jelas, muka aku pun seperti muka bermasalah.


Kisahnya bermula begini. Dia tanya aku, apa yang aku akan buat JIKALAU kawan baik aku sendiri dah jatuh hati pada kekasih aku. Dapat soalan macam tu, aku jadi blur. Tak tau nak cakap apa. Tak tau nak fikir apa. Tak tau nak buat apa.



Katanya, hal tu berlaku dalam hidup dia. Realiti.


Jadi aku tanya, apa reaksi kekasih dia? Maksudnya, kekasih dia tau ke yang kawan baik dia ni dah angau sama dia? Dan dia jawab, kekasih dia lah yang bagitau semua ni. Oh. Satu point untuk kekasih dia di situ, kerana telah berlaku jujur, sekurang-kurangnya.


Kawan baik ni single atau dah ada boyfriend juga? Ok, single. Takde boyfriend.


Aku tanya lagi, macam mana hubungan dia tengan kawan baik dia sekarang? Masih baik seperti dulu kah, masih rapat kah, atau suam-suam kuku?


Dia cakap, hubungan mereka tidak lagi serapat dulu. Malah sebelum dia dapat tahu perkara ni pun, mereka dah jarang berhubung. Mesej tak berbalas, YM pun tak balas, Facebook pun tak balas. Tapi online hari-hari. Dia pun pelik.


Rupa-rupanya, dalam masa tu, si kawan baik dok sibuk mengayat si boyfriend nya. SMS, YM, Facebook. Dia pun hairan lah. Oh mesej aku kau tak boleh balas, tapi boyfriend aku kau rajin pulak nak komen kat status Facebook, siap SMS, YM lagi. Motif?


Mulanya dia ingat si kawan ni sekadar nak beramah mesra je dengan si boyfriend, yelah untuk mengeratkan silaturrahim orang kata, itu pun sekadar di Facebook lah. Tak lebih dari itu. Rupa-rupanya melarat.


Aku tanya pula macam mana layanan boyfriend dia pada perempuan tu.


Ok, kalau komen di Facebook, layan macam biasa je lah, macam kawan-kawan. YM dan SMS dia tak balas. Dan SMS yang perempuan tu hantar pun dia tunjuk. Kiranya dalam kes ini, perempuan itu bertepuk sebelah tangan. Tak tau lah aku kalau boyfriend dia ni menipu, nak selamatkan diri sendiri takut kantoi. Kalau macam tu, memang layak say bye bye je.


Hmm.


Terus aku cakap kawan baik dia tu gatal. Ok memang aku faham dan aku tahu soal hati dan perasaan ni tak boleh di kawal, but what the fish man?. Kau pun tahu itu boyfriend kawan baik kau, yang kau pergi gatal-gatal mencelah buat apa. Apa motif kau sebenarnya?


Dan lagi satu, kalau lelaki tu pun tak layan kau, tak berkeinginan pun dekat kau, kenapa nak kacau dia lagi? Test market? Sebab kau cantik, maka kau konfiden semua lelaki akan tersungkur kat kaki kau? Atau, belum jadi suami lagi, baru boyfriend je pun, tak salah kau nak cuba nasib?


Oh komon.


Bagi aku, kalau kau cuba untuk memiliki kehidupan sendiri dengan cara memusnahkan kehidupan orang lain, kau memang tak layak untuk ada kehidupan.


That's it ! Kata lah apa pun. Perasaan suci murni. Come on. Semua orang pun ada perasaan. Jangan fikir perasaan kau je, perasaan orang lain kau bunuh.


Ok. Aku pula yang emo terlebih. Jadi dalam kes budak ni, aku cakap (aku cakap je, sebab aku tak layak nak bagi nasihat), kalau boyfriend dia tak melayan dan memang takde hati pun dekat budak tu, maka takde apa yang perlu dia risaukan.


Dalam soal hubungan dengan kawan baik (baik lah sangat) tu pula, terpulang lah, sama ada nak teruskan persahabatan, buat macam takde apa-apa terjadi, nak maafkan atau tidak, atau apa-apa jelah.

Kalau aku, memang sorry. Dah tikam aku, kawan baik apa nama nya? Kalau betul-betul nak, cakap depan-depan la, baru gentle.


Aku ni pun manusia yang tahu bertimbang rasa juga, sedikit sebanyak. Cuma aku pantang kalau orang main tikam-tikam ni. Tak kisah lah tikam dalam hal apa pun, bukan boyfriend saje.


Memang orang kata, kekasih boleh cari lain, kawan baik susah nak dapat. Well, itu dalam kes lain. Bukan kes di mana kawan baik kau sendiri cuba untuk mencaras kau.


Ah.


Kalau kawan baik kau sendiri jatuh hati/menggatal dengan bf/gf kau,apa kau buat?


Tapi kalau dua-dua dah sama naik, siapa kau nak ganyang dulu?

8 Kata semangat:

Haru Biru said...

oo... mcm tu... kesian pompuan tu.. hahaha.. mcm takde laki lain agaknya... buat rosakkan hubungan je.. hmmm

Miss Y and Her World said...

tau takpe. haihhh. yang satu tu jugak lah direbut nya.

ejulz said...

benda camni x perlu layan sgt kot.. yg penting kesetiaan pasangan.. kalo psgn setia nak risau ape.. kawan baik ke, kawan x baik ke xkan dpt rampas pasangan.. lain laa kalo pasangan tu sama mggatal..

cik helena said...

perempuan tu gatal memang tepat!

Miss Y and Her World said...

@ejulz,
betul, tapi dalam masa yang sama kita kena berhati-hati. apa saje boleh dilakukan oleh orang yang hasad.

Miss Y and Her World said...

@cik helena,
yezza! thanks for supporting. kehkehkeh ;)

NAZREE said...

perempuan itu sure lawa, cantik dan menarik kan? tambahan pula lelaki itu macho, hensem dan nampak tuf.. itulah dunia. Serba serbi tidak adil..

tak perlu dilayankan sangat, anggap je ini ujian~.hehe

Miss Y and Her World said...

eheh. kadang-kadang laki tak berapa nak hensem pun orang rebut. sebab dengki & jeles ;)