Masih Hangat

14 June 2011

Ku Menunggu Lagu Perempuan Desperate?

As Salam and Hello.


Selamat tengah hari! Elok lah tu. Orang lain tengah-tengah hari ni makan tengah hari, aku dok sibuk update blog. Eheh. Ketagih.


Mula-mula aku dengar lagu Ku Menunggu yang dinyanyikan oleh Rossa ialah pada konsert mingguan Mentor. Minggu ke berapa aku tak ingat. Tapi yang aku ingat minggu tu dia diundang jadi juri jemputan.

Then sementara nak menunggu markah, dia nyanyi lah. Dia nyanyi lagu ni. Mula-mula dia nyanyi je pun aku dah dapat tangkap dah rentak lagu ni sama macam lagu Ku Merindu yang Ella & Shah nyanyi. Cuma dia ubah tempo dan lirik nya saje. Bab sape ciplak sape aku taknak cerita, walaupun lagu Ku Merindu tu sememangnya dah wujud berapa tahun lepas lagi dah.


Yang aku rasa semacam adalah lirik dia.

Ku menunggu
Ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
Tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
Ku kan selalu di sini untuk menunggumu

Cinta itu
Ku berharap kau kelak kan cintai aku
Saat kau telah tak bersama kekasihmu
Ku lakukan semua agar kau cintaiku

[*]
Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Ada cemburu juga rindu
Ku tetap menunggu

[**]
Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Dan kau sudah ada yang punya
Ku tetap menunggu

Datang padaku
Ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
Saat kau sadar betapa ku cintaimu
Ku ‘kan selalu setia ‘tuk menunggumu

Ulang [*][**] 2x

Ku tetap menunggu
Ku tetap menunggu
Ku tetap menunggu
Ku tetap menunggu


Aku rasa lirik lagu ni macam lirik lagu perempuan desperate. Melodi dah indah dah. Tapi lirik dia bikin spoil. Dan aku rasa perempuan dalam lirik ni memang seorang yang sangat kesian. Pathetic orang putih kabor.

Alahai, dah tau orang tu dah ada yang punya, cari lah lelaki lain. Dia siap boleh confirm yang lelaki tu akan putus dengan kekasih dia. Apa dia memang mendoakan ke laki tu putus?


Hmm. Tengok dia punya video lagi lah aku meluat. Dia cakap tak kan ganggu lelaki tu dengan kekasih dia. Habis tu yang kau sibuk usha-usha laki tu, siap boleh main-main mata lagi tu apa kes? Yang laki mestilah suka kan. Ada orang minat kat dia. Kesian pulak aku tengok gf laki tu.


Yang aku pasti, para perempuan yang dah ada boyfriend memang menyampah dengan lagu ni. Aku pernah baca status kawan aku yang berharap dia takkan jumpa dengan perempuan macam dalam lagu ni. Mestilah beb. Kau tak takut ke ada perempuan psycho dok target boyfriend kau dan menunggu kau putus dengan dia?


Yang takde boyfriend pulak dan sememangnya sedang menyukai boyfriend orang sama ada secara terbuka atau dalam diam, akan menjadikan lagu ni sebagai satu inspirasi untuk mereka terus menunggu dan memburu. Hadoiiiii.


Kau layan jelah video ni ok. Baiii. Aku nak gi makan.


Ku Menunggu - Rossa




p/s: Jangan sampai tak sanggup menunggu macam Yvonne dalam drama Nora Elena dah lah. Serremmmmmm.

4 Kata semangat:

honey amour said...

salam kenal..nice blog..oredy follow u dear :)))

need ur idea la dear... klik je---> : sini

ken said...

terlalu lovey dovey?

Miss Y and Her World said...

@honey amour,
thanksssssss ;)

Miss Y and Her World said...

@Ken,
nak kata lovey dovey takdelah sangat. tapi lebih kepada nampak terdesak dan akan buat perempuan yang ada bf rasa tak secure. hihihi ;)