Masih Hangat

09 June 2011

Seth Tan gagap?

As Salam and Hello.


Aku tau drama Nora Elena memang tengah hot sekarang, dan aku percaya yang paling terkesan tengok drama ni mostly kaum wanita. Yelah, sebab utamanya diorang terpikat dengan peribadi Seth Tan kot. Romantik, understanding, penyayang, protective, pendek kata semua sifat yang patut ada pada seorang lelaki yang menjadi igauan para wanita, ada dalam diri Seth Tan tu.


Sama cantik sama padan.



Tapi kaum lelaki pun ada gak yang memang follow drama ni. Aku rasa sebab angaukan Nora Elena lah kot. Semestinya. Perempuan cantik manis, lembut dan body hot macam tu kalau orang lelaki tak terpikat, aku rasa memang ada something wrong somewhere lah kan. Hahaha. Baik pergi cek.


Malah incik kekasih aku pun follower drama ni. Sanggup balik kerja awal semata-mata tak nak miss tengok drama ni. Wah memang hebat betul lah penangan dia kan. Tapi dia cakap main reason dia tengok cerita ni sebab nak tengok Aaron Aziz. Erkkkkkk!! Apakah? Mengapakah? Aku dah rasa seram-seram sejuk dah.


Then dia cakap lah dia memang peminat Aaron Aziz. Semua filem lakonan Aaron Aziz dia tengok, especially yang ganas-ganas tu. La ni dia nak tengok pulak lah macam mana Aaron bawak watak romantik+jiwang.

Ohhhhh. Lega hati aku dengar. Kahkahkah. Alah sebenarnya nak cover lah tu. Cakap jelah nak tengok Nora. Aku tak jeles aihhh. Haha.

Tak jeles sebab Nora dah berlaki.


Tapi kan, walaupun Nora Elena memang tengah hangat gila, tapi aku tak ikut sangat perkembangan dia. Kalau tengok pun satu episod tu dalam 10 minit je. Kadang-kadang tak tengok langsung. Kira aku ni tak tau lah sangat jalan cerita dia camne.

Tapi hari ni aku tertengok lah penuh satu episod. Yelah aku nak tau gak lah kan apa yang kecoh-kecoh sangat Nora Elena ni. Sampaikan status kat FB pun banyak upload pasal 'come to me Seth Tan' 'i love u Seth Tan' 'Seth Tan romantikkk, i like' lah. Fanpage Siti Saleha & Aaron Aziz glemer sekarang oi. Jadi hari ni aku pun meluangkan masa menonton dengan sabar.

Tu pun hampir kena smash dengan mak aku sebab dia yang hilang sabar bila aku asik tanya kat dia 'kenapa jadi macam ni?' 'dia ni sapa' 'perempuan ni suka dia ke'. Hahaha. Sabar jelah orang tua tu. Dia yang paling fanatik sekali.


Yang pastinya aku memang menyampah gila lah dengan si Yvonne tu. Kalau depan mata aku memang dah kena kaki dah. Gedik, over, psycho, jahat semua cukup. Eiiiii. Geram aku tengok. Kira si Wan Sharmilla memang berjaya lah bawak watak pengacau rumahtangga orang tu. Syabas!


Perempuan saiko terlampau.


Aku pun mengkaji la sikit-sikit perangai si Seth Tan tu. Tapi kan kenapa aku perasan dia macam gagap ek? Apa yang dia nak cakap keluar sebutir-sebutir dari mulut dia. Macam payah bebenor dia nak bercakap. Ke memang watak dia macam tu? Ke sebab nak menunjukkan dia ni jenis yang berfikir sebelum bercakap? Atau pun lemah lembut orangnya? Kadang-kadang aku tengok dia macam blur pun ada.

Ahhh kemungkinan yang lain dia lupa skrip kot? Entah lah. Macam tak lancar je dia bercakap. (Janganlah ada peminat Seth marah aku lepas ni).

Tapi takpelah. Kira lakonan dia best gak la. Senyum-senyum sumbing dia tu aku suka. Alahai kiut nya. Rasa nak lempang laju-laju. Hihihi. Gatal.

Tiba-tiba aku rasa drama ni bestlah pulak. Terpaksalah aku tengok kat TonTon dia punya previous episode. Start tengok dari awal, sebab aku takut nanti mak aku smash aku je sebab kerjanya nak menjawab soalan aku je, fokus dia pun terganggu. Tak pasal-pasal hangin satu badan.

Tah pape aku ni. Drama dah nak habis baru terhegeh-hegeh nak tengok. Oh btw tahniah Nora & Seth, bakal menimang cahaya mata. Lalalalala.



p/s : Ada satu episode tu aku tengok mak aku menangis tengok drama ni. Pastu ayah aku cakap, 'daripada awak menangis depan TV tu, lebih baik menangis atas tikar sejadah'. Hambik kau. Sentap mak nak !! Rupanya smash bapak aku lagi padu.



p/s/s: ya aku ubah cara penyampaian kepada 'aku kau'. lebih mesra kot? hihihi.

8 Kata semangat:

Taufan Bin Ribut said...

<----dah terlepas banyak episid..demm


Entri terkini : MINI GATH GENG JOHOR BLOGGER

Watch my video song!!

FaFa said...

ahahaha..klakar2...
sy pun br jinak2 nk tgk cter Nora ELena..ader lg bpe episod tak tgk + yang arini punyer...huhu

Miss Y and Her World said...

@Taufan,
takpe, tengok je kat Tonton.

@FaFa,
part mana yg kelakar tu. tang tikar sejadah ke?kahkahkah. jom ah sama-sama tengok kat Tonton.

info said...

kat blog saya ada..kalau nk tgok..boleh la..

Miss Y and Her World said...

@info,
thanks ;)

titan said...

gagap pun, orang tetap suka dia. hehe..

Miss Y and Her World said...

aah. buat lah macam mana pun kan. hihi. orang tetap suka kat dia. ;)

Lilynn Sazlin said...

saja nak sibuk letak link . heehe http://belogcintasaya.blogspot.com/2011/06/biodata-pelakon-nora-elena-atau-saleha.html