Masih Hangat

29 June 2011

Fida Ibrahim Dimalukan Dalam Rancangan Bang Bang Boom?

As Salam and Hello.



Kau ada tengok rancangan Bang Bang Boom kat TV3 tadi? Segmen akhir dia ialah segmen Bang yang diadakan khas untuk kenakan artis. Artis yang terkena untuk minggu ni adalah Fida Ibrahim iaitu pemenang gadis Pantene.


Hancur hatiku.



Aku memang kesian tengok dia tadi. Aku sebagai seorang perempuan pun dapat rasa betapa malunya dia, bila majlis peminangan yang dijalankan sebenarnya hanyalah palsu, diadakan semata-mata untuk kenakan dia.


Ok, cerita sebenarnya macam ni. Satu majlis peminangan telah dijalankan oleh rombongan pihak lelaki, di mana lelaki yang kononnya nak meminang si Fida ni adalah Azuan Azmi(wartawan team Melodi). Fida ni tak tau pun yang Azuan ni nak meminang dia. So dia agak terperanjat sikitlah. Tapi bila pihak lelaki dan keluarganya sendiri tanyakan persetujuan dia, dia pun setuju. Sebab katanya kalau dah jodoh, dia terima. Dia siap boleh cakap kat Azuan 'Jaga Fida elok-elok'.



Penghancur hati orang.



Saat-saat gembira dia menjadi tunangan orang dihancurkan dengan ucapan 'Anda telah selamat menjadi tunangan orang dalam rancangan Bang Bang Boom' oleh wakil lelaki yang sebenarnya merupakan team Bang Bang Boom. Aku tengok muka dia terkesima walaupun pada mulanya senyum kelat. Mana tak terperanjat. Kesian dia. Bagi aku memang tak patut lah mereka kenakan orang macam ni. Soal peminangan ni perkara serius kot.


Aku tengok Fida macam tak dapat terima gurauan ni. Memang patut pun. Kalau orang datang meminang kau, then kau dah setuju, tiba-tiba diorang cakap semuanya hanya mainan gurauan je. Kau boleh terima?.


Bila tanya kat Azuan kenapa buat macam tu, dia cakap sebab Fida pernah cabar dia dulu. Kalau berani, datang meminang. Jadi dia pun masuk meminang lah si Fida ni, walaupun sekadar peminangan palsu. Apa punya perangai lah. (Haish Fida ni pun. Yang pergi mencabar kenapa, kan dah tercabar ego orang tu. Last-last dia buat sungguh).


Fida pun beredar dari situ. Aku dapat rasa dia memang marah dan malu. Tak patut betul lah buat macam tu. Serius kesian kau tau? Aku fikir mungkin dia ada hati kat Azuan tu. Sebab tu dia setuju.


Walaubagaimana pun, cerita ni ada sambungan. Jadi kita tengok lah minggu depan macam mana kesudahannya, sama ada Fida boleh terima tak gurauan ni. Aku rasa sebab depan kamera dan orang ramai je dia act cool, kalau tak memang dah run amok dah. Sabar jelah.

Tunggu minggu depan.


p/s: pelamin angan ku musnah.

39 Kata semangat:

Anonymous said...

wak..ciktipah tgk tadi mmg ciktipah marah sgt..dgn wartawan yg ciktipah anggap mangkok tu.. ade ke main2 dgn maruah org.. mak dia dah senyum2 mak dan ayah ke td ade sekali..malu la keluarga diorg buat org mcm tu satu mesia tgk..otak mcm xde je wartawan tu..

suria lekatlekit said...

memang agak melampau gurauan mcm tu.. melibatkan harga diri seorang gadis. Kalau sy pun malu.. bukan sorang dua yg tgk. Apapun terlepas tadi bang bang boom sbb tertido. Memang dah tgk iklan sebelum ni.

Yatt S. said...

@Anonymous
betul. perkara ni melibatkan maruah. memang kesian tengok dia tadi. tapi kalau tak silap mak dan abang Fida memang dah tahu rancangan diorang utk kenakan Fida dan diorang pun sama-sama berpakat juga. tak paham macam mana diorang boleh relakan rancangan tu. kesian sungguh kat Fida.

Yatt S. said...

@THE LEKAT LEKIT STORY
memang melampau. yang pasti simpati sangat dengan Fida. takpe kita tengok kesudahannya minggu depan.

miho amyra said...

tak tgk tapi....
tak baiknya mainkan org camtue...
dia dah hancurkan hati org...
mungkin pada dia nak main-main...
tapi fida siap dah terima dah....
kan memalukan fida...
tak patut dorg siarkan...

Zinedine Zaiddin said...

Bab tunang, pinangan, nikah dan cerai ni bukan main2.

Kalau diikutkan hukum syarak tu, dah jadi sahih tunang orang tu. Cuba tgk video ceramah Ustaz Azhar Idrus.

farasakura said...

xelok lah buat gitu...aishh klu nak kenakan org pun jgn ar smpai lebih2 =,= grrrr sian kak fida...

Yatt S. said...

@LittLeMyRashMaLLoW
itulah. Fida dah terima dah. benda gini memang tak patut dibuat main.

Yatt S. said...

@Zinedine Zaiddin
betul tu. ada benda yang boleh dibuat gurau, ada yang tak boleh. jangan main hentam je semata-mata nak tarik penonton.

Yatt S. said...

@farasakura
memang kesian tengok muka dia tadi.malu.

Peeka Syuhada said...

x patut betul !!! tau memalukan orang jep .

Anyyss Shuhaimi said...

melampau sgt..ada lagi cara len nak kenakan orang..haish

[sutera kasih] said...

tak suka tgk show tu..sbb memalukan org huhhh...kesiann fida..xptt kenakan cmtu..

Cikgu Dahlia said...

memang tak patut lahh hal gini buat main2, tayang seluruh negara..kalo kita sendiri terkena pun, for sure kita rasa malu yang amat sangat kan..

rasanya fida mmg ada hati kat azuan ni..sebab tu dia cabar macam tu..tp azuan tu xpatut buat main2 gitu..malas komen lebih2, just tunggu kesinambungan kisah ni..entah2 memang betul mereka bertunang..huhuh

anyway, Elyana pun pernah kena dulu..tak ingat rancangan apa..Wakenabeb kut..masa tu katanya ada orang tua nak pinang elyana. elyana cakap kalau family dia terima, dia ok jer..sampai sarung cincin kalo xsilap..last2 pedooh je..huhu...

pencintacoklat^^ said...

ish yke??xtgk pon smlm.xikowt sgt program 2.. tp mmg melampau la kalo 2 cara dorang kenekn orang.. ce pkir idea yg lebey bernas n xperlu libatkn maruah org... ciann fida 2... hope dye besabar la ye... eyy sakit je ati nengok muke c mamat wartawan Melodi 2.. haihhh~ 'apepown xbley'....

Aty Fared said...

setuju ngan Zinedine Zaiddin.. kalau ikutkan memang sah pertunagan tersebut.. bende ni melibatkan agama dan maruah wanita..tak perlu dibawak main walau kate nak bergurau... rendah nyer ilmu agama dan akal orang yang beri idea nak buat semua ni... *sigh..

Anonymous said...

nape la org zaman skrg suke sgt ikt budaya luar..nk kene2 kan org..smpi hukum hakam agama pon langgar..mengaibkan org tu kan dosa..adoi..industri hiburan ni mmg merosakkan akhlak rakyat malaysia laa...xkisah la dicabar ke ape ke..xpyh la nk cr glamor dgn cara murahan cmni..adoi...nyampah dgr cter2 cmni..

Yatt S. said...

@Shafika Syuhada Rosli
tau takpe. banyak lagi benda lain yang boleh di bawa bergurau.

Yatt S. said...

@Anyyss Shuhaimi
yang ni memang melampau. takde sensitiviti langsung.

Yatt S. said...

@[sutera kasih]
itulah, memang kesian tengok dia tadi.

Yatt S. said...

@DaHLia
ish stesn tv ni memang melampau ah. ada ke soal nikah kahwin buat main-main.

Yatt S. said...

@CeRitAChOcLuRvEr
aah. memang selamba je muka mamat tu. memang tujuan dia nak kenakan orang. takde rasa bersalah.

Yatt S. said...

@aTy _faRed~
itulah. memang rendah akal. yang meluluskan pun cuma pentingkan rating.

Yatt S. said...

@Anonymous
betul. terlampau fikirkan cara nak tarik perhatian penonton. sampaikan benda serius gini boleh dibuat main.

Mek Onie said...

memang tak patut la dorang wat gitu,bukan apa... bab-bab agama satu hal lak tu..macam tade idea lain je nak pekena fida..fida tu jenih macamana sampai kena bang gitu,memang tak patut lah..

Unknown said...

aku just bole harapkan azuan tu memang jodoh fida ibrahim. mane tahu mungkin ade hikmah atas kesilapan yang dilakukan ni. entah2 memang bebenor yang azuan tu jodohnya satu hari nanti. huhu. tapi agak harsh jugak gurauan ni. kalau aku mungkin ambil tindakan dengan menyorok dalam peti ais.

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Bergurau biar pada tempatnya dan masa. Bukan semua perkara boleh dijadikan bahan gurauan. Wartawan Melodi?

PHAILED!!

Azym Azizi said...

Kesiannya..tak patut betul buat camtu.
Takpe Fida..moga dapat jodoh yang jauhhhhhhhhhhhh lebih baik!

Anum said...

bab2 tunang ini bukan perkara mainan atau gurauan
kesian aku tgk si fida
kalau aku x leh terima gurauan macam tu
malu gila

SCLover said...

gurauan ada batas,...kalau mcm ni dah dikira melampau!!! dah tu , dalam rancangan tontonan umum plak..

setuju dengan Zinedine Zaiddin .

Buat yang terlibat dlm rancangan tu - lenkali fikir dulu sbl buat - kalau kurang tahu, rajin2 bertanya pada yang berilmu .

cik g said...

ish mmg mlmpau arrrr...cian fidaaa...

ct N honey said...

dpt tgk sedutannya aje,itu pun mmg nampak muka tensionnya...perkara ni pun bukan boleh main2,ini bab maruah diri...

Anonymous said...

itula jadinya bila lemah ilmu agama

Anonymous said...

bang bang boom ni pon kadang2 melampau

Azza Azman said...

weh sedih kot macam ni... huhu...

Hafeezan said...

kalau saya jadi abang si Fida tu. Kat situ juga penumbuk singgah. Nikah, kahwin, bertunang bukan perkara main-main. Ia melibatkan maruah keluarga dan tuan empunya badan. kalau dah sampai tahap inilah. baik dihentikan sahaja rancangan ini.

syuxer said...

fida patut kena jadi ultraman kasi fire kaw2 laki tuh..heheh...

setiap benda kita wat ada pembalasan heheh..jangan men2..eheh

intan said...

dari dulu lg x suka rancangan bang bang boom tue..dh la mcm mengarut jer..kesian fida..maruah tue...buat main2 plk..

DILEMA WANITA said...

i rasa kn fida da bersedia nk jd istri..lgpun die kenal mamat tu mstilah die rasa da smpai msanye kot..tlg la tapis ranbgan..mst ngis la fida tu..pintu hati yg da terbuka tetiba dmainkn...dammmm la...